About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Saturday, November 26, 2011

tahun baru??

bercerita tentang tahun baru... tidak banyak yang terlintas dalam mindaku. mungkin kerana tahun2 yang lepas juga begitu... ermmm....

aku toleh ke kanan, kiri, depan, belakang.... atas bawah.... semua manusia di sekelilingku berbicara soal tahun baru. dan yang paling penting ialah azam masing2... mungkin sudah menjadi lumrah manusia begitu... ermmmm....

azam... azam... azam... kadang kala aku merenung dalam2 ke lubuk dasar sanubariku... perlu ke aku memasang azam seperti juga manusia2 lain? wahhh.... aku lihat.... manusia sibuk mencanang azam masing2... ada yang cuba untuk memperbaiki diri apabila masuk tahun baru. tidak kiralah apa yg diazamkan....

bagiku, azam itu penting... tetapi bukan hanya pada tahun baru sahaja.... azam boleh dibuat pada bila2 masa.... di mana2 sahaja.

aku... azam hanyalah sesuatu yang biasa.... normal. kalau hendak berubah secara total... dengan niat yang ikhlas... bersungguh2... dan didokong oleh manusia2 di sekeliling... maka akan terlaksanalah azam tersebut secara total....

azam itu baik.... tapi sejauhmana keinginan kita untuk melaksanakannya...

tepuk dada.... tanya org sebelah... "encik, azam saya sekian dan sekian... adakah encik melihat perubahannya?"

kita tidak dapat melihat perubahan diri kita.... samada kita ini berbakat atau sebagainya...

p/s: azamku hendak menunaikan haji pada usia 35 tahun... insya Allah.... hehehehe...