About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Wednesday, December 30, 2009

balik...

Alhamdulillah... lega setelah roda kapal terbang airasia AK5105 mendarat di LCCT tadi. penat tidak terkata la...

saja nak rekodkan... aku baru balik dari borneo utara...

Thursday, December 24, 2009

Liniking!!!






Assalamualaikum...

sebelum aku nak masuk tidur... aku ingin menulis sekejap. Hahaha...

Bertemankan lagu-lagu Broery, jemariku pantas menekan huruf2 di atas papan komputer ini.

Bukan apa... besok aku akan bertolak ke seberang... negeri yang sudah lama aku tinggalkan. Apa yang aku rasa? Excited? wahhh!! mungkin tidak. cumanya aku terfikir aktiviti apa yang patut aku buat sesampainya aku di destinasi itu nanti.

perjalanan mungkin mengambil masa 2 jam setengah dengan menaiki "burung hantu"... itu belum sampai lagi tu... kekeke. after that, akan menaiki "kuda" selama 2 jam setengah juga... itu pun belum sampai. Then, sekali lagi aku akan menaiki "unta", mungkin mengambil masa selama 45 minit... itu pun belum sampai laaa... lastly, aku akan menaiki "kura-kura" dan perjalanan mungkin mengambil masa 15 minit... haaa.... yang ni sampai. wakakaka....

apa-apa hal pun, doakan supaya aku pergi dan balik dengan selamat.

ermmm.... baby Zikri ada sama.... tapi dia ikut mama + papa dia la. Ini first time dia balik ke pondok buruk tu. Harap2 baby Zikri boleh terima dan sesuaikan diri dengan kehidupan dan keadaan di sana nanti. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai kann?? Hehehe... perosak bahasa tol!

kakak aku yang di Penang dan Melaka mintak kirim "Liniking"... bahh, nantilah aku belikan aaa? lagi?? apa lagi mau?? cakap laa... kalau mau gunung kinabalu tu mungkin mustahil la. Huhuhuh... besok sebelum subuh aku sampai rumah papa Baby Zikri.... haaaiiii!! rindu pula sama si kembar tu. harap2 balik nanti aku buleh la pegi rumah dia. Aiman.... makin nakal!! tapi bagus la juga dia, mendengar cakap juga. selalu tanya sama aku "mana atuk sabah?". ini soalan wajib dia kalau aku jumpa dia... tapi diajak balik ndak mau pula dia. Huh!!

may-may?? makin lama makin besar dia. aku rindu sama ketawanya. Kakakaka.... harap2 dorang satu famili di sana baik2 saja. Ameen.

apa pun, terimalah pantun dari aku:-

Mata kuyu
badan layu
tilam dah tunggu

pelan-pelan kayuh

Laaaaaaaa.....


Adios... I love myself. Ehh... apa hal? Soodah la....

Wednesday, December 23, 2009

Surat untuk kekasih...


Surat Untuk Kekasih

di pinggiran pantai
aku duduk sendirian
merenung ufuk senja yang berlabuh

sunyi terasa
damai bertandang
lalu saat itu muncul
bermain di birai mata

senyummu tidak pernah luput
sentiasa bermain dalam minda
lalu...
aku mainkan lagu
surat untuk mu
kerana aku rindu

jemariku mencapai pena
lalu ianya bermain-main
diatas kertas biru
inilah surat untukmu
surat untuk kekasih

Sunday, December 20, 2009

A Road To Remember...


"Di sebalik gumpalan awan itu. Terlihat cahaya terang benderang yang menyuluh segenap kehidupan manusia."

Di hujung hentian itu aku melihat seorang manusia berbaring keseorangan. Dengan pakaian lusuh tidak terurus. Aku lihat keresahan langsung menguasai segenap jiwanya sehingga terpancar pada wajahnya.

Aku cuba mendekatinya. Bertanya dan berkenalan. "Hassan". Pendek jawapan darinya. Aku membatu diri lantaran riak pada wajahnya yang tidak ingin meneruskan konversasi.

"Apa yang kau cari dalam hidup ini?". Dengan tiba-tiba dia bersuara. Aku tergamam seketika. Berfikir, apakah maksud di sebalik soalan ini. Apa ada kaitan dengan hidupnya sekarang? Atau mungkin hanya sekadar luahan lantaran sunyi yang melingkari suasana?

"Maaf wahai sahabat. Aku kurang mengerti maksudmu."
"Biar aku mulakan kembali sahabat. Hassan namaku. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya dan ternama. Kediamanku sahaja mempunyai 20 bilik yang berasingan. Dan keluarga inilah yang paling kaya di seluruh daerahku. Ibu dan bapaku merupakan usahawan terkenal dan berjaya. Dan aku merupakan anak tunggal mereka." Aku tekun mendengar penerangannya.

"Semestinya saudara tertanya-tanya mengapa aku berkeadaan sebegini. Kerana itulah kaitan persoalanku yang awal tadi."

"Jadi mengapa begini?"

"Apa yang aku dapat tidak sama dengan apa yang aku cari, saudara. Ibu bapaku tidak punya waktu bersamaku."

"Oh..." Aku mengangguk dungu.

"Begini saudara." Otakku ligat mencari bicara yang tepat.
"Pendapatku, setiap masalah itu punya jalan penyelesaiannya. Jika motivasi kita kuat, akan mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Tuhan tidak akan berlaku kejam kepada hamba-hambanya. Membiarkan hamba itu terkapai-kapai keseorangan, ataupun duduk keseorangan di dalam gelap-gelita. Begini saudara, kita ke mussolah, solat dan berdoa, kerana itu sahaja jalan keluar yang aku lihat sekarang."

Hassan, si pemuda anak pengusaha kaya dan jutawan itu menitiskan air mata. Aku hanya tunduk menginsafi. Dalam hatiku berdoa, "Wahai Rabbku, ampunilah hambaMu yang hina ini kerana sentiasa lupa akan nikmat dan rahmatMu. Jauhilah hambamu ini dari sikap dan sifat riak dan takkabur. Amin ya rabbal alamin."

Di akhir kisah itu, aku menghadiahkannya sebuah buku. The Road To Mecca karya Muhammad Asad. Aku mendongak ke langit. Senyum. Inilah pengalamanku sepanjang seminggu berada di tanah seberang. Disember, 2005.

Saturday, December 19, 2009

THOUSAND WORD


GOOD VS EVIL

Night...
darkness is a true friend
without it night will never exist

Light...
synonymous with the sun
without it life will die

between two of them
there is evil and good

someone stood at night
facing The One
bow and prostrate

while others
sleeping like the baby
dreaming and snoring

where am i?
standing
looking
and waiting

O... GOD
help me!

++++++++++++++++++++++++++

THE JUNCTIONS

Walking alone
river shore
trees green
brown rocks
sometimes dark
at the end
facing junctions
where must I go?
Left
Right
?????????

+++++++++++++++++++++++

THE LAST WORD

Every man
have yesterday,
today and tomorrow
let the next generation to decide
for me I live long enough in my hangmen

From GOD we came
Alone to Him we will be return

++++++++++ [END] ++++++++++

Wednesday, December 16, 2009

Pertemuan...

Syafiqah Nadya hadir malam itu, dengan berbaju kurung kuning lembut serta dihiasi tudung biru laut. Cukup membuat mata hatiku tidak lekang memandangnya. Beautiful!

Setelah sekian lama kami tidak berhubung melalui telefon, SMS atau Email. Bagaikan mimpi, dia menghubungi aku melalui telefon semalam. Dan kami berbual panjang. Bertanyakan khabar masing-masing. Bertanya tentang perkembangan kerjaya dan sebagainya. Akhirnya dia menyatakan untuk berjumpa denganku malam ini.

Aku lantas menyatakan persetujuan. Bertanyakan tempat dan masa.
"Well, see you at Bandar Utama Seafood Restaurant, Damansara. 8.00pm", Suara halusnya di hujung talian menghiburkanku.
"Baiklah, saya jumpa Syafiqah kat sana"
"Orite then, see you there. Bye!"
"Bye"

Nafasku turun naik kencang kerana Syafiqah Nadya Abdul Halim itu telah berdiri tegak dihadapanku sekarang. Fenomena apa yang sedang melanda diriku ini? Aku bermonolog sendirian. Tetapi aku gembira kerana setelah 10 bulan kami langsung tidak berhubung. Terlalu lama menanti. Dan malam ini, di tempat ini, akan menjadi saksi segala-galanya.

Wajah manis itu langsung tidak berubah. Aku sanggup menatapnya walau fajar menyinsing tiba.
"Exciuse me sir, order please"
"Arghh!! pelayan ini kacau daun la" kata hatiku hanya sampai di rengkungan. Takut dikata kurang beradab. Aku pantas memesan makanan agar pelayan itu tidak menggangu mood romantik yang sedang aku ciptakan.

"Maaf awak sekiranya perjumpaan dibuat secara mengejut". Syafiqah memulakan bicara. Aku hanya diam, tekun mendengar bait-bait bicara yang keluar dari bibir comelnya.

"Setelah saya membisukan diri selama ini, barulah hari ini saya mendapat kekuatan untuk memulakan kembali bicara dan hubungan yang terhenti selama ini". Aku masih kaku. Menunggu bicara seterusnya dari Syafiqah. Jantungku berdegup kencang. Bermacam perkara bermain di mindaku sekarang.

"Semenjak pertemuan pertama, saya tahu apa yang tersirat di sebalik hatimu. Dan ketahuilah bahawa hari ini ingin saya beritahu kesemuanya tentang diriku kepadamu". Debaranku semakin kencang.

"Sebenarnya saya sudah pun berkahwin dan punya seorang anak lelaki. Shafiq. Awak sudah pun melihatnya ketika pertemuan kedua itu". Tiba-tiba kedua-dua jemari tanganku bergetar, diikuti dengan lutut dan kaki. Tetapi aku cuba untuk bertenang, cuba untuk mendengar kata seterusnya daripada Syafiqah.

Tetapi belum sempat Syafiqah berkata-kata, tanpa tertahan, lidahku lancar berbicara "How about your husband? Where is he?"

"Suami saya telah meninggal dunia akibat kemalangan 2 tahun lepas." Aku melihat titisan halus mulai keluar dari celah-celah kelopak matanya. Hatiku ikut luluh melihat keadaan itu. Aku tunduk menginsafi peristiwa yang berlaku kepadanya. Simpati menjalar keseluruh tubuhku.

Keadaan senyap seketika. Lalu aku membuka bicara.
"Shafiqah ketahuilah sesungguhnya hatiku ini telah terpaut padamu sejak pertemuan pertama. Dan itu tidak akan berubah sehinggalah saat ini. Aku cinta akanmu"

Shafiqah merenungku sedalam-dalamnya. Aku cuba untuk bertenang. Cuba untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku selepas detik ini.

"Maaf, saya mungkin terburu-buru untuk meluahkannya", Aku rasa bersalah akan apa yang aku katakan sebentar tadi.

Detik itu, aku melihatnya tersenyum kembali. Lega.

"Maaf awak, saya dengan senang hati menerimanya. Tetapi hati saya risau sekiranya Shafiq tidak dapat menerimanya."

Keadaan hening seketika. Aku cuba untuk mengekalkan mood romantik. Tidak mengapa, aku tidak akan memaksamu sayang. Selagi langit dan bumi itu ada, maka selamanya kau tetap dalam hatiku. Monologku panjang.

9.00pm. Shafiqah meminta izin untuk beransur pulang. Aku memberikan senyuman kepadanya dan mengganguk kecil tanda mengizinkannya.

10.00pm. Aku sampai di rumahku. Lalu bersiap untuk beradu. Penat tetapi seronok, kerana Shafiqahku telah aku ketahui rasanya.

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
aku yang terluka dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau berikan hukuman
andai maaf pun tak kau terima...

Sayup-sayup lagu Broery Marantika bertajuk Biarlah Bulan Bicara menemani tidurku malam ini. Tenang jiwaku setelah dapat bertemu dengan Shafiqahku. Selamat malam bulan, selamat malam bintang, semoga malam esok kau akan ku temui lagi.

Saturday, December 12, 2009

huhuhu

Sabtu yang membosankan.

Sesungguhnya aku rindu dengan 2 anak gadis kembar nun jauh di Melaka. Rinduku dengan kenakalan mereka menbuat hatiku senang. Melihat senyuman mereka membuat jiwaku tenang. Memeluk, mencium dan bermain dengan mereka membuat duniaku seperti di awangan....

Minggu lepas aku rancang hendak ke sana tetapi malang kakiku tidak cukup panjang untuk perjalanan sejauh itu.

Hari ini rancanganku juga begitu tetapi halangan lain pula yang datang.

Minggu depan?? Harapanku begitu.....

Nampaknya jiwaku menjerit nyaring memaksa aku untuk membeli seekor Unta atau Keldai sebagai kenderaanku, agar senang untuk kesana-kemari-kesinun....

Friday, December 11, 2009

RAHSIA DISEBALIK MAKANAN

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


MADU

    • Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
    • Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
    • Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
    • Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
    • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

  • Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
  • Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
  • Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA

  • Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN

  • Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
  • Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI

  • Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
  • Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM

  • Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
  • Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI

  • Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI

  • Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG

  • Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM

  • Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)

  • Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS

  • Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH

  • Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU

  • Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

  • Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI

  • Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

Tuesday, December 1, 2009

terkejut?

Assalamualaikum....

saudara pembaca sekalian sedang aku asyik mendengar lagu-lagu dari band Epica... aku terdengar satu lagu dari mereka yang bertajuk

Epica - Seif al Din


apa yang mengejutkan dalam lirik lagu tersebut tersebut kalimah "Laillahaillalah, Muhammad rasulullah"

well... aku tertanya2 apa mimpi anggota band ini untuk meletakkan kalimah tersebut. untuk pengetahuan, anggota kumpulan ini berasal dari Republik Chech. dan first impression yang boleh kita lihat adalah mereka ini dari kalangan non-muslim. tetapi, hanya Allah yang tahu akan agama mereka. maka aku akan melakukan sedikit research lagi berkaitan kumpulan ini. mungkin dikalangan mereka ini ada yang beragama Islam. Mungkin.

ini adalah lirik lagu itu:-

Epica
Seif Al Din lyrics

The origin of a dogma
Placed in a new millennium
Vilified demons have been embraced
And given a warm welcome

The Seif al Din
Hasn't got the ghost of a chance to rust
Because it has always been kept in shape
In serving th one Almighty

The rudiments have always been misinterpreted during history,
Despite the good intentions of many disciples who's faithful believe was strong and unswayed.
Most leaders interpret the old words to their
Advantage in the attempt of gaining leadership and power
Over those unfortunate enough to fall under their maliciousness and manipulative ways.
This misuse of trust will forever stain the pages of history,
Echoing the exploitation and the frailty of decent
Men carried away by nurtured rancour...

Perpetual distrust fed by a belief
In the malevolence of the others

When the beautiful unreality holds out it's hand
It's better not to lose yourself in blind faith

La Illah Illallah, Mohammed rasul Allah

salam....

Monday, November 30, 2009

Aku hanya ingin menulis?

Semua manusia mahukan kekayaan,
Ya betul tidak salah...
Malah aku juga mahukannya,
tetapi tidak salah sekiranya diri kita jutawan,
sekiranya demawan...

Semua insan mahukan teman,
Betul? Ya tidak salah...
asal saja teman itu setia...

Semua insan mahukan kebahagiaan,
Setuju?
Carilah kebahagiaan itu di mana...
aku sendiri pun tidak menemuinya.

Mahu saja aku mencarinya
di celah-celah rimbunan dedauanan
tetapi masih tidak ku temui.

Mahu saja aku mencarinya
di sebalik batu-batu pejal,
masih diriku buntu...

Dimana kau bahagia...
Ahhh... mungkin ada di sana...

Tuesday, November 24, 2009

Aku bermonolog lagi?

Malam ini aku ingin menulis lagi. Tapi tentang apa? Hidup? Masakan aku bisa menulis tentang hidupku sedangkan sekarang ini pun langsung tidak keruan. Ya? Adakah tidak keruan? Persoalan-persoalan inilah yang bermain dalam mindaku.

Maka aku bermonolog lagi, andaikata 10 tahun lepas bisa untuk aku ulangi maka aku akan ulanginya semula. Saat-saat itu bermain di bibir mata, seolah memainkan sebuah filem hollywood yang diterbitkan oleh syarikat 21st century fox. Waduhh...

Semenjak akhir-akhir ini tidur malamku terganggu kerana sering bermimpikan perkara yang sama. Pada babak pertama, pertemuan pertama kami diputarkan dan saat itu menjadi indah. Seindah pemandangan Danau Toba di Medan, Indonesia yang aku lawati bulan Mei lepas. Dengan diselimuti kabus putih berarak perlahan, mentari menyinar mesra tersenyum melihat kami berdua berserta alunan kicauan burung bersahut-sahutan seolah memainkan simfoni okestra RTM. Indah tidak terkata.

Pada babak pertengahan, aku bermimpi akan klimaks pertemuan itu. Gembira, sedih, duka dan derita. Seolah berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga ros yang cantik tetapi berduri, bunga taik ayam yang cute tetapi punyai nama yang "jelek". Ya, bisa saja aku menyenaraikan semuanya tetapi jemariku sudah cramp, ditambah lagi dengan kepalaku yang sibuk "bengeng" dek kerana melayan lagu-lagu nightwish. Dan, ingin saja aku menambahnya di sini akan saat-saat bersama di dalam gym Taekwondo. Itu hobi kami berdua masa itu. Alangkah lucunya sekiranya aku katakan bahawa setiapkali kami berlatih tendangan dan tumbukan, dan setiap kali tendangan dari kakinya yang comel itu mengenai tubuhku, tidak kira di mana, malah di "situ" pun pernah sekali, aku gembira. Huh!! alangkah pelik dan ajaibnya peristiwa itu.

Di akhir cerita mimpi itu, perpisahan akhirnya terjadi. Dia pergi jauh meninggalkan aku. Bukan setakat jasad malah jiwa itu pun pergi juga. Dan aku merasakan seolah-olah sebiji batu dari rekahan gunung berapi Costa Rica menghempap kepalaku. Yang dalam masa yang sama kurasakan seolah-olah kulitku disiat-siat oleh sebilah belati tajam diimport khas dari Arab Saudi. Sesaat masa, duniaku kosong... Aku rasakan seolah-olah berada di dalam sebuah bilik kosong yang dicat putih disekelilingnya. Cubalah anda bayangkan anda berada di bilik itu. Tetapi aku steady, (kononnya). Tanpa aku sedari air mata lelakiku menitik jua... ya, memang aku tidak sedari...

Puff!!! Aku terjaga dari tidur. Seperti majik (bahasa inggeris yang dimelayukan: Magic) David Copperfield, segala-galanya kabur, hilang dari pandangan. Dan aku rasakan kelopak mataku basah...

Tetapi, percayalah aku tidak pernah salahkan dia. Bagiku, dia cuma satu. What the past is past. Dia akan selamanya hidup dalam benakku sebagai seorang lagenda hidup yang pernah mengembirakan aku...

Monday, November 16, 2009

PERANG PROKSI IRAN-ARAB SAUDI DI YAMAN?

Mesti saudara-saudara pembaca sekalian tertanya-tanya mengapa posting saya kali ini berkaitan dengan perang?

Sebenarnya saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Saudara Suhaimi Mokhtar dalam akhbar Sinar bertarikh 16 November 2009 (Isnin).

Artikel itu membincangkan tentang perang proksi atau lebih mudah difahami sebagai konflik yang berlaku antara dua negara yang berlokasi di Timur Tengah iaitu Arab Saudi dan Iran. Perbincangan itu lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeboman yang dilakukan oleh pasukan tentera udara Arab Saudi keatas kawasan sempadan Yaman dengan mensasarkan kepada pasukan pemberontak Houti (yang bermazhab Syiah). Apa yang menjadi isu ialah, Iran telah (atau boleh dianggap telah mengkritik kerajaan Arab Saudi) mencampuri urusan dalaman rejim Yaman.

Apa yang saya boleh nilai dan lihat di sini ialah, tindakan Iran itu melambangkan seolah-olah mem'back-up" pemberontak-pemberontak Houti Yaman. Sekaligus menunjukkan Iran mempunyai kepentingan (intention) keatas Yaman. Kalaulah boleh dikatakan sedemikian.

Oleh itu, masalah utama yang akan timbul adalah perbezaan fahaman (antara mazhab Sunnah dan Syiah), persaingan kuasa dan pengaruh serta kemungkinan besar perang saudara (seagama).

Justeru saya berpendapat, Arab Saudi dan Iran sebagai dua kuasa utama di wilayah Timur Tengah seharusnya mengambil sikap sederhana dalam setiap tindakan. Apa yang penting adalah mencari titik pertemuan bukannya perbezaan. Ini kerana, sekiranya kedua-dua pihak yang bersengketa itu lebih suka melihat akan perbezaan maka sampai kiamat pun mereka tidak akan melihat perbezaan.

Ingatlah akan warisan sejarah dan keagungan tanah suci itu...

Musuh (yang nyatabagi ) umat Islam dan seluruh umat manusia sebenarnya adalah REJIM YAHUDI ZIONIS ISRAEL tersebut...

wassalam...
p/s: tengok la, kalau ada masa aku akan menulis lagi. sudah lama tidak menulis artikel tentang politik dan konflik antarabangsa ni. kalau time student dulu selalu la. yang ni pun kalau submit dengan pensyarah ni confirm dapat D atau C- saja. Huhuhuh....

Over The Rainbow - Eva Cassidy

Eva Marie Cassidy

Background information
Birth name Eva Marie Cassidy
Born February 2, 1963(1963-02-02)
Washington, DC
Origin Maryland, United States
Died November 2, 1996 (aged 33)
Bowie, Maryland
Genres Jazz, Blues, Folk, Gospel and Pop
Instruments Vocals, Guitar, Keyboard
Years active 1981–1996
Labels Liaison (U.S.)
Blix Street (U.S.)
Hot (Europe)
Associated acts Chuck Brown, Katie Melua
Website www.evacassidy.org


**********************************

Over the Rainbow
Harold Arlen, E.Y.Harburg
performed by Eva Cassidy
transcribed by John Manning (jgmanning@mindspring.com)

(capo 1st fret)

G >> Em Bm G7(III) C Cm(III) G G7 >> C
Somewhere over the rainbow way up high
C Cm(III) G >> Em Am7 D7sus D7 G C D7
There's a land that I heard of once in a lullaby
G >> Em Bm G7(III) C Cm(III) G G7 >> C
Somewhere over the rainbow skies are blue
C Cm(III) G >> Em Am7 D7sus D7 G C D7
And the dreams that you dare to dream really do come true


G C
Someday I'll wish upon a star
D G >> Em C D7sus D7
and wake up where the clouds are far behind me
G F#7
Where troubles melt like lemon drops
Bm D+ Am7 D7
away above the chimney tops, that's where you'll find me


[break, then repeat second section]


G >> Em Bm G7(III) C Cm(III) G G7 >> C
Somewhere over the rainbow skies are blue
C Cm(III) G >> Em Am7 D7sus D7 G
And the dreams that you dare to dream really do come true
C
If happy little bluebirds fly
D7 C5add9 Ab(IV) G(III)
above the rainbow, why oh why can't I?

---------------------------------------------------------------------

Notes:

This is from the CD "The Other Side" by Chuck Brown and
Eva Cassidy (Liaison Records cbd02263). It's the best cover of
"Over the Rainbow" I've ever heard. Her version has a lovely,
melancholy jazz/blues feel, played on a classical guitar with
a legato fingerpicking style.

Roman numerals in parentheses indicated the fret for a barred chord.

The ">>" notation means to "walk" from the first chord to the second:

G >> Em G7 >> C
E---3--------0--|---1--------0---
B---0--------0--|---0--1--3--1---
G---0--------0--|---0--------0---
D---0--------2--|---0--------2---
A---2--------2--|---2--0--2--3---
E---3---2----0--|---3------------

Unusual chords:

D7sus D+ C5add9
E---3------2------3---
B---1------3------3---
G---2------3------5---
D---0------X------5---
A---0------1------3---
E---X------X------3---

Sunday, November 15, 2009

TEMAN SEJATI

Hidup ini terasa panjang berat melelahkan
Segalanya menghanyutkan dalam kenangan di harimu
Saat-saat yang pernah berlalu
Setiap kepedihan hampir beku
Luka baru terkuak kembali
Menitis di hati

Hancurlah sebuah harapan
Perih menusuk dalam dada
Ternyata cinta bukan untukku
Kini kau menjauhiku

Di sepanjang langkah kakiku
Ku cuba menghapus bayangmu
Kala kulihat kau berduka
Ku kumpulkan keberanianku
Mendekatimu dan menghiburmu
Namun aku bukan pilihanmu.
Kau biarkan aku kecewa.
Kau tutup pintu hatimu

Hancurlah sebuah harapan
Perih menusuk dalam dada
Ternyata cinta bukan untukku
Kini kau menjauhiku

Tarja Turunen

this is the time that NW abandon her from the band!! WTF!!? Her official admittance?

Saturday, November 14, 2009

Al- Zikry Ramadhani Bin Muhd Huzaimi




Si Cute baby ini lahir pada? huhuhuh...

over the rainbow - video yang jarang didapat.

WHAT A WONDERFUL WORLD - LOUIS AMSTRONG


LOUIS ARMSTRONG

What a Wonderful World


What A Wonderful World-- By George David Weiss and Bob Thiele

F Am Bb Am
I see trees of green, red roses too
Gm7 F A7 Dm
I see them bloom, for me and you,
Db Gm7/C C7 F / F+ / Bbmaj7 / C7 /
And I think to myself, What a wonderful world.

I see skies of blue and clouds of white,
The bright blessed day, the dark sacred night,
And I think to myself, what a wonderful world (F / Bb / / / F /)



C7 F
The colors of the rainbow, so pretty in the sky
C7 F
Are also on the faces of people goin' by
Dm C Dm C
I see friends shaking hands, saying, "How do you do?"
Dm F#dim7 Gm7 F#dim7 Gm7 C7
They're really saying, "I love you." I hear

(back to verse chords)

Babies cry, I watch them grow
They'll learn much more than I'll ever know,
And I think to myself what a wonderful world(F / Am7b5 / )

D7 Gm7 Gm7/C C7b9 F Bb6 F
Yes I think to myself, what a wonderful world.

*****************************************

What A Wonderful World
By George David Weiss and Bob Thiele
Performed by Louis Armstrong

D F#m G F#m
I see trees of green, red roses too
Em7 D F#7 Bm
I see them bloom, for me and you,
Bb Em7/A A7 D / D+ / Gmaj7 / A7 /
And I think to myself, What a wonderful world.

D F#m G F#m
I see skies of blue and clouds of white,
Em7 D F#7 Bm
The bright blessed day, the dark sacred night,
Bb Em7/A A7 D / G / G / D /
And I think to myself, what a wonderful world



A7 D
The colors of the rainbow, so pretty in the sky
A7 D
Are also on the faces of people goin' by
Bm F#m Bm F#m
I see friends shaking hands, saying, "How do you do?"
Em7 F#dim7 Em7 F#dim7 Em7
They're really saying, "I love you."


A7 D F#m G F#m
I hear babies cry, I watch them grow
Em7 D F#7 Bm
They'll learn much more than I'll ever know,
Bb Em7/A A7 D / F#m7b5 / B7
And I think to myself what a wonderful world

Em7 Em7/A A7b9 D G6 D
Yes I think to myself, what a wonderful world.

D+: xx0332
F#dim7: xx1212
F#m7b5: xx2212
A7b9: x02320


Friday, November 13, 2009

TIGA MAHLUK ANEH

Langsung aja sodara-sodara.

Akhir-akhir ini setelah aku kembali ada napsu buat nulis di rumah sederhanaku ternyata ada yang aneh secara di sengaja atau nggak disengaja. Yaitu blogku yang tadinya udah mo koit ini sekarang bisa idup lagi. Setelah aku tanemin ama puun cerita yang acakadut dan serabutan. Aku siramin pake aer dari rumah tetangga sebelah dan aku kasih pupuk, juga dari kandang tetangga sebelah. Akhirnya…..jreng…jreng…jreeeeennggg…

Suburlah ia kembali… dengan banyaknya komentar dari temen-temen lamaku yang udah dari dulu setia ngunjungin rumah ini…(makasih para pembaca budiman)

Dan juga kedatangan orang-orang baru yang dengan rela jari untuk kasih komentar, dan yang bikin bintang air jadi makin rame adalah bermunculannya para spammer-spammer.


Aku nggak tau mereka ini dateng dari planet mana tapi setelah aku selidiki mereka ternyata dateng dari planet yang penduduknya pada sayaaannnggg banget ama hewani ampe mereka memiliki nama dari species yang sama.
Salah satunya Pak Kucing
Salah duanya Mas Semut
Salah tiganya Mr. Hamster
Tuh bener kan mereka ini dari planet yang isinya para hewani semua.

Nggak tau alas an apa yang bikin mereka ini demen banget nabur hama di planet bintang. Dan dari hasil penelitianku juga aku berspekulasi bahwa:

1. di planetnya mereka nggak punya bintang makanya mereka bela-belain dateng ke sini karena pengen ngeliat dan mengetahui apa kata pemilik bintang tentang nasib mereka besok.
Apakah pak kucing masih suka ngiler kalo ketemu ama penjual es kelapa?
Apa mas semut masih suka ngerubutin mahluk yang cantiq, manis dan amis ini.
Atau Mr. hamster yang masih demen makan tapi nggak gede-gede.

2. mereka ini pada kekurangan aer makanya mereka jarang mandi. Apalagi pak kucing. Ini kenyataan secara aku memiliki kucing yang kalo di mandiin pasti jadi pilek-pilek makanya abis mandi langsung tak kasih kombantrin (nggak nyambung banget kan) becanda pak…. Becanda…..

3. Ini alas an yang paling bener
MEREKA SUKA KANGEN AMA PENGUASA BINTANG AIR uwahhhahahha………. Bener kan……. Hayooooo ngaku… jangan boong orang boong udelnya bodong....

nah untuk konfirmasi kebenarannya… aku sediain ruangan komen buat para spammer untuk olah raga jari, senyam senyum, ketawa ketiwi.. asal jangan muntah-muntah

Buat para pengunjung yang mau ngikutin jejak mereka monggo di persilahken

Oke deh segitu aja dulu ya.. jari ku udah makin kurus akibat kebanyakan ngetik. Selamat berpuasa buat yang puasa, tinggal beberapa hari lagi nih….kuat-kuatin yah sampe akhir ramadhan.

- tamat -

p/s: aku tertarik dengan gaya bahasanya yang unik. maaf ya wahai bintang. sampai jumpa lagi.

Monday, November 9, 2009

berita kepada kawan - Ebet D Ade

perjalan ini
terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di samping ku
kawan...

banyak cerita yang pastinya kau saksikan
ditanah kering bebatuan...

tubuh ku terguncang
di hempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering remputan

perjalan ini pun seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih

kawan cuba dengar apa jawabnya
ketika ia ku tanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampainya di laut
ku khabarkan semuanya
kepada karang
kepada ombak
kepada matahari

tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggalah ku sendiri terpaku menatap langit

barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di bumiku terjadi bencana

mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Friday, October 23, 2009

Berbisik...

aku masih mencari-cari rentak kehidupan
ku toleh kanan, ku toleh kiri
yang ada hanya kesunyian.

Bisikan bayu
menyapa, membisik, membelai manja
mengajakku pulang ke sana
tapi biarlah dulu aku di sini.

walau jauh di rantauan
ingatanku pada tanah seberang itu tetap utuh.

salam kepada perantau...
R-Z-A 23 /Oct/2009
WYA, Puchong, KeyeL.

Saturday, July 25, 2009

catatan seorang perantau?



Bismillah arrahman arrahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca budiman sekalian.

setelah sekian lama aku tidak mencoretkan apa-apa dalam ruanganku ini, hari ini tergerak hatiku untuk mencatatkan sesuatu.

Bukannya apa, pagi tadi kakak, abang in-law dan anak-anak mereka telah gergi ke Kulim. Mereka ada juga mengajak aku bersama tapi "malan" aku. Hehehehe...

jadi daripada duduk termenung without nothing to do aku pun start la menulis...

tapi malang... idea aku tidak ada dek kerana terlalu asyik melayan lagu-lagu dari telefon aku ni... macam-macam ada. Hehehehe..

jadi posting aku hari ini adalah?? tengok la sendiri...

1. A Road to remember.


2. A road to remember 2.


3. Once upon a time...


4. Welcome to the jungle.


5. Cintaku pada Pencipta langit dan bumi dan seluruh isi-isinya.

Roxy Zaire Awod
Bandar Baru Perda
25. Julai. 2009
4.30 pm

Tuesday, March 31, 2009

Aku dan kepulanganku?



15. Mac. 2009. 04.00 petang. Aku meninggalkan bumi Di Bawah Bayu itu dengan penuh rasa sayu. Seperti biasa, dengan protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu aku menaiki pesawat MH 2099 ke Kuala Lumpur. Tempat aku mencari rezeki dan pengalaman hidup.

Saat pesawat itu berlepas pergi, perlahan-lahan terbang ke langit biru. Aku merenung tanah kelahiranku dengan seribu satu perasaan rindu dan sayang. Rindu kepada kenangan-kenanganku, sayang kepada insan-insan yang aku tinggalkan di sana. "Ahhh... kesunyian akan kembali dalam hidupku lagi apabila pesawat ini mendarat kelak...", aku bermonolog sendirian.


"Kau tu bila mau kahwin ka?", emakku menyoalku sebelum aku berlepas tadi.


Dan, seperti biasa jawapanku mudah dan ringkas.


"Belum cukup umur lagi la Ma...", aku menjawab sambil tersenyum kecil. Bukannya apa, setiap kali aku bertemu dengan Mamaku itu, soalan pertama yang diajukan kepada ku adalah "kahwin".


"Hah! Setiap kali ditanya, itulah jawapan kau! Kau tu bukannya makin muda. Umur pun sudah hampir 30 tahun, apa nak jadi ni. Ni... anak pak Dollah tu baru lepas Universiti. Apa salah kalau pergi la kenal-kenalan dengan dia tu."


"Isk... apa la Mama ni. Budak tu baru lepas ijazah, biarlah dia cari kehidupan dia dulu. Ala, sudah la Ma, aku berangkat dulu. Kalau ada rezeki, ada la bah tu...", aku segera menggalas begku. Mencium tangan Mama dan Papa, lantas pergi ke ruangan berlepas.


Entahlah, bukannya aku tidak mahu memenuhi permintaan Mama, tapi, persoalannya dengan siapa? Rokiah? Melati? Rozana? Arghh... aku hembuskan kegalauan hatiku diawangan. Dan biarlah takdir yang menentukan soal hidupku sekarang ini.

*****************



07.15 petang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kasman, teman rapatku semenjak kecil menungguku di lapangan ketibaan. Dia seperti biasa tersenyum ke arahku sambil ditemani isterinya, Suraya.

"Welcome back my friend", Sapa Kasman kepadaku. Aku hanya tersenyum padanya dan bersalaman.

"So, how's your vacation?"

"Isk, abang ni, Ron tu baru sahaja keluar dari flight tu. Janganlah tanya macam-macam. Penat tu", Suraya mencubit manja lengan suaminya.

Aku hanya tertawa melihat gelagat mereka. Mesra dan bahagia. Itulah yang aku lihat hubungan kedua suami isteri itu.

"Cuti aku okey saja la. Tiada apa-apa yang menarik. Lagipun kalau itupun dikatakan vacation, aku tetap kerja juga.", aku menerangkan seadanya. Bukannya mengharapkan mereka faham, tapi sekadar memecah kesunyianku dari tadi.

"Jom makan", Kasman mengajak.

"Okey"

"So, kat mana tempatnya?", Suraya menyoal.

"Mana-mana di bawah langit, tempatnya di atas bumi", aku berseloroh kepada mereka.

"Ok, aku tau satu tempat baik punya", Kasman mengajak sambil meniru gaya Zizan dalam rancangan Astro Jozan "Baik punya...".

"Ohh... sebelum terlupa. Ajaklah Syafiqah tu sekali", Suraya memberi cadangan lantas tersenyum penuh makna.

Aku tersenyum, aku mencari telefon bimbitku di saku seluar dan mengeluarkannya. Aku menekan punat search untuk mencari nama Syafiqah dan menekan punat dail.

"Tut... tut... tut..", kedengaran di hujung sana, cuba untuk di sambungkan.

"Assalamualaikum, Ronny, How are you?", suara halus dan merdu menyambut panggilanku di hujung talian sana.

"Walaikumsalan, macamana you tau aku yang call? I am fine, thanks"

Agak sukar untuk aku gambarkan perasaanku saat ini. Gementar? gembira? takut? Bercampur baur dengan kepenatan yang aku alami.

"Ermm... nak keluar makan tak?", aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Kat mana?"

"Restoran seafood, Sri Bayu", aku mengajaknya.

"Just both of us?"

Aku tersenyum mendengar soalannya itu. "Kenapa? kalau hanya kita berdua adakah engkau akan bersetuju?" Aku berkata-kata sendirian.

"Apa?", Syafiqah menyoal secara tiba-tiba.

Aku lantas tersentak dari lamunanku.

"Ohh... tak, Suraya dengan Kasman pun ada sama"

"Okey, wait for me. 30 Minutes please", suara itu kedengaran riang di hujung sana. Adakah dia gembira bertemu denganku? "Isk... ini bukan perasaan, tapi perasan" aku bermonolog lagi.

"Okey, Syafiqah, we are waiting for you there. See you then... Assalamualaikum"

"Walaikumsalam"

Talian terputus. Kasman dan Suraya menoleh kearah ku serentak. Mereka tersenyum penuh erti kepadaku.

"So?", Kasman menyoal penuh makna.

"Okey, lets go there", aku faham akan maksudnya itu. Tetapi, aku tidak mengendahkannya. "Ahh... biarkanlah" hatiku berkata-kata sendirian.

*************



Restoran Seafood, Sri Bayu.

Kami mengambil meja di satu sudut dalam restoran itu. Bayu malam yang berhembus terasa segar menyentuh paru-paruku.

Pelayan restoran itu datang sambil mengambil pesanan. Tetapi, Kasman mengatakan sebentar kerana kami sedang menunggu seorang lagi teman. Pelayan itu berlalu sambil tersenyum.



Setengah jam kemudian. Syafiqah datang bersama seorang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan 6 tahun. Dia tersenyum manis ke arah ku. Manis.

"Hi... Assalamualaikum semua", salam suci itu diberikan bersama senyuman manis dan lesung pipit indah menghiasi wajah ayunya. Dia mengambil tempat duduknya di sebelahku. Hatiku berbunga riang. Kasman dan Suraya tersenyum senang dan penuh makna.

Kami serentak menjawab "Walaikumsalam".

"Dah order?", Syafiqah menyoalku.

Aku menggeleng, lantas memanggil pelayan restoran tadi untuk membuat pesanan. Pelayan itu datang, kemudian mengambil pesanan kami satu per satu.

15 minit kemudian, makanan kami sampai. Lalu, doa dilafazkan oleh Kasman, dan kami pun mula menyuapkan makanan.

"Mama, tolong hulurkan ikan tu kat, Syafiq", anak kecil itu menyoal Syafiqah. Syafiqah tersenyum, dan menghulurkan ikan itu.

Aku menoleh ke arahnya dengan penuh persoalan. Mama? Siapakah anak itu? Sudah berkahwinkan Syafiqah?

Malam itu, walaupun hatiku dipenuhi dengan bunga-bunga mekar kegembiraan, tetapi benakku dipenuhi dengan seribu satu persoalan tentang wanita yang duduk di sebelah ku ini. Adakah ini cinta atau sekadar perasaan?


Monday, March 9, 2009

Aku, Di Tanah Borneo Utara...

"Hari ini merupakan hari kedua aku di tanah ini. Terasa rindu kepada tanah ini menyebabkan aku mengambil kesempatan untuk melakukan beberapa urusan rasmi di sini. Aku dilahirkan di sini, di tanah ini. Zaman kanak-kanakku penuh dengan suka dan duka. Kenakalanku di kampung dan kenangan pahitku di "tempat itu", satu per satu aku imbau kembali. Bahagianya sekiranya dia ada di sisi. Tapi dia telah lama pergi dimamah oleh masa dan waktu."

Nampaknya aku mengelamun lagi. Ketika ini, aku duduk di birai katil penginapanku di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Apa harus aku lakukan? Nampaknya kesunyian melanda kembali, meresap kesanubariku malam ini. Bayu Laut Cina Selatan yang dingin berhembus langsung tidak aku rasakan.

"Satu pagi..." aku bermonolog sendirian. Di luar, kebingitan penduduk kota masih lagi kedengaran. City Parade yang dahulunya dikenali sebagai Center Point oleh penduduk tempatan atau CP masih lagi diterangi oleh cahaya gemerlapan lampu neon.

"Nampaknya kota ini tidak akan tidur..." aku bermonolog lagi.

Krringg... krringgg...

Telefon di sisi mejaku berdering.

"Hello, Assalamualaikum", aku menyambut segera.

"Walaikumsalam, Encik Ronny ka?" Operator Hotel Meridian menyambut salamku.

"Ya saya, ada apa hal?", aku bertanya kembali.

"Panggilan jauh untuk encik..." Operator itu membalas pertanyaanku. "Perlukah untuk saya menyambungkannya kepada encik sekarang?", dia menyambung kembali.

Aku mengiyakan lantas terdengar bunyi klik di hujung sana.

"Hi, How are u, Mr. Ronny?", suara wanita di hujung sana kedengaran lembut dan sayu.

"I am fine, who is this?", aku bertanya kehairanan.

Sunyi... tiada jawapan di hujung sana...

Aku biarkan talian itu sebentar. Sesaat, dua, tiga, empat... Akhirnya aku letakkan semula gangang itu di tempat asalnya dengan penuh pertanyaan.

"Milik siapakah hati ini,
bagai berkurun lama kesepian,
ingin aku mencurahkan kasih,
kepada yang sudi...
adakah ia sudi?"

Sunday, March 1, 2009

Sambungan dari tulisan sebelum ini...



Pagi ini aku memulakan kehidupan lebih awal daripada biasa. Setelah menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa, aku bertafakur sebentar sambil membaca beberapa ayat dari Kitab Suci Kalamullah. Ketenangan lantas mennjalar ke seluruh urat nadiku pagi ini.

Setelah selesai membaca ayat Suci Allah itu, aku lantas menjeling jam dinding yang terletak di sebelah kiri kamar tidurku. 06.00 pagi. Tanpa berlengah, aku melipat sejadah dan meletakkannya di atas katilku seperti biasa. Aku mencapai tuala mandi, dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Masih aku teringat pesanan guru agamaku Ustaz Rahman suatu waktu dahulu, bahawa menjaga kebersihan diri itu adalah sebahagian dari iman dan sunnah Rasul S.A.W.

Sepuluh minit berlalu, aku selesai membersihkan diri dan mula mengenakan pakaian untuk ke pejabatku yang terletak di Bandar Puchong. Seperti biasa aku mengenakan kemeja biru, bertali leher dan berseluar hitam. Rambutku yang panjang itu aku lumuri dengan minyak Zaitun, agar tidak kelihatan kering dan nampak kemas. Sekadar berkaca sebentar di hadapan cermin, "Perfect" kataku sendirian.

Tanpa berlengah, aku mencapai kunci Camerro merah kesayanganku dan memakai kasut hitam berkilat yang sudah 3 tahun berkhidmat denganku. Setelah selesai, aku menuju ke arah Camerro kesayanganku dan menghidupkan enjinnya. Aku membiarkan enjin itu panas seketika lalu memandunya ke lokasi kerjaku di Bandar Puchong.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam itu aku hiasi dengan lagu-lagu Retro kegemaranku di radio Sinar. FM. Siaran radio yang menjadi pilihanku sejak sekian lama.

Syukurlah jalan raya pada pagi ini kesibukannya tidak seperti biasa. "Mungkin insan-insan masih lagi dibuai mimpi indah di pagi isnin ini kerana semalam adalah malam minggu. Seronok!", aku bermonolog sendirian.

Sesampainya aku di hadapan pejabatku, nampaknya aku adalah orang kedua yang sampai. Encik Bakar, pegawai keselamatan di pejabatku sampai dahulu daripada ku. Sudah tentu dia yang sampai dahulu kerana dia perlu membuka pintu pagar dan pintu utama pejabat itu.

"Assalamualaikum Encik Bakar", ucapku ramah sambil tersenyum.
"Walaikumsalam", Encik Bakar membalas mesra sahutan salam dariku.

Setelah itu, aku berbual sebentar dengan Encik Bakar, berkaitan perjalanan hidup masing-masing, sekadar menghilangkan rasa sunyi dan menceriakan suasana. Lalu, aku meminta izin daripadanya untuk masuk ke dalam pejabat kerana jam sudah menunjukkan angka tujuh pagi.

Dari pagi sehinggalah ke tengahari, perjalanan kerjaku berlalu seperti biasa. Penuh dengan beberapa dokumen yang perlu ditandatangani dan diteliti. Mungkin waktu-waktu yang membosankan bagiku. Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan akan hal itu.

Sedang aku asyik bermonolog sendirian, telefon di atas mejaku berdering.

"Hello, Assalamualaikum", aku menjawab panggilan tersebut dengan salam suci, sekaligus mendoakan kesejahteraan insan di hujung talian sana.
"Walaikumsalam", suara yang menyambut ucapanku di hujung sana kedengarannya halus dan lembut. Wanita.
"Err.. Encik Ronny Zaire right?", suara itu bertanya. Aku mengiyakan lantas bertanya siapa dan tujuan panggilan tersebut dilakukan.
"Saya diarahkan oleh Datuk Rozaili untuk berjumpa dengan Encik bagi membincangkan sesuatu berkaitan Projek Perda yang telah encik perbincangkan dengan beliau minggu lepas", suara itu berbicara petah dan lancar. "Err.. maafkan saya, I am Syafiqah Nadya, akauntant bagi Syarikat Cempaka Holdings Sdn Bhd. So, bila encik boleh meluangkan masa untuk membincangkan hal tersebut?", suara itu menyambung.
"Ohh... hal tersebut? Err.. lebih baik cik mengaturkan masa dengan PA saya. Sebentar, saya akan sambungkan talian ini kepadanya", aku lantas menekan punat hijau di atas telefon untuk disambungkan kepada Pembantu Peribadiku, Puan Zalehah.

Setelah panggilan itu, aku menyambung kembali kerja-kerja yang terganggu sebentar tadi. Tanpa aku sedari, jam tanganku sudah menunjukkan angka 1.45petang, masa untuk solah Zuhur. Aku menuju ke surau dalam pejabat kecilku lalu menunaikan solat Zuhur. Allah Akhbar.

Petang. Setelah selesai solat, aku menuju ke sebuah restoran "Old Town" untuk menjamah makanan tengahariku. Kemudiannya, aku masuk semula ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum bergegas ke Putrajaya disebabkan ada pertemuan dengang pelanggan syarikatku. Bumiputera North Borneo Company Sdn. Bhd (BNBC).

Beginilah rutin kehidupan harianku, dipenuhi dengan dokumen-dokumen, surat-menyurat dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu diselesaikan. Penuh dengan perkara sama, dan membosankan, bagi pendapatku.

************

Pagi, Selasa. Seperti biasa aku memulakan rutin harian dengan bersolat dan bersiap untuk ke pejabatku.

Sesampainya aku di sana, Pn. Zalehah memberikan sedikit informasi berkaitan temujanjiku dengan seorang akauntant Cempaka Holdings.

"Encik Zaire, appointment untuk hari ini, jam 4.30 petang, Cik Syafiqah Nadya, at Victoria Station".

"Okey" aku menjawab pendek dan tersenyum.

4.45 petang, Victoria Station Restaurant, aku tercari-cari kelibat dan siapakah gerangan Cik Syafiqah Nadya ini. Setelah puas memerhati dan mencari, aku mengambil tempat duduk di satu sudut restoran itu.

Setelah 10 minit menunggu dan terus memerhati. Kebosanan mula meresap di jiwaku. "Mana pula orang ni", aku berkata-kata sendirian. Sambil memerhatikan gelagat orang di sekelilingku, di satu sudut aku terlihat sepasang kekasih sedang berbual mesra dan ketawa riang. Bahagia. "Ahh... biarlah kebahagian mereka", aku bermonolog sendirian.

Setelah beberapa minit bermonolog, tiba-tiba muncul seorang wanita dari arah depanku sambil memberikan salam suci, lantas aku membalas salam itu mesra seperti biasa.



Aku mendongak kearah suara tersebut. Sekali lagi aku tercengang, Syafiqah yang aku kenali beberapa hari lepas melalui Kasman dan Suraya muncul di hadapan mataku hari ini dan di tempat ini.

"Assalamualaikum sekali lagi, saya Syafiqah Nadya. Ini encik Ronny Zaire kan?" dia menyoalku sambil melontarkan sebuah senyuman manis di bibirnya. Lesung pipit kelihatan indah di pipinya.

"Walaikumsalam, hah.. ya.. ya.." aku teragak-agak menjawab, tetapi mampu untuk menyembunyikannya. "Emm.. lagi satu, tidak perlu la berencik-encik dengan saya, kita bukan baru kenal hari ini", aku menyambung kata-kataku semula.

Syafiqah hanya tersenyum manis mendengar cadanganku itu dan mula membincangkan beberapa isu berkaitan Projek Perda yang akan diusahasamakan antara kedua-dua syarikat.



Petang itu, aku rasakan kesunyian itu begitu indah kerana kemunculannya. Lantas aku hanya tersenyum dalam diam. Kepenatan yang aku rasa dari pagi tadi seolah-olah lesap lenyap dari benakku. Terima kasih.

Tetapi, keriangan dan keseronokan itu hanya dapat aku rasakan sementara sahaja. Malam ini dan esok hari, bermula semula kesunyian dalam hidupku. Tapi aku bersyukur. Alhamdulillah.

Cerita di sebalik kerinduan...

"Seketika itu sepi mencuit hati hanya suara hujan... " deringan lagu dari telefon bimbit nokia N65 yang baru ku beli malam semalam mengganggu lamunanku tika ini.



Aku tersentak seketika, sambil mencapai telefon bimbit itu yang ku letakkan di sudut meja tulisku. "Kasman" jelas tertera di atas skrin telefon bimbitku yang masih berbunyi, lantas menjawab panggilannya.

"Hello, Assalamualaikum..." ucapku lemah.
"Hoi, baru bangun ka? Ni aku la Kasman", suara di hujung talian sana kedengaran ceria.
"Tau daa..", balasku meniru gaya pertuturan P. Ramlee dalam filem beliau Bujang Lapok.
"Hah, apa "projek" hari ni Ron, takkan masih teringatkan kisah-kisah lama. Sudah la tu, lupakan yang lama, yang baru masih menunggu", katanya berseloroh sambil tergelak besar di hujung talian sana.
"Isk, yang engkau tu ceria semacam saja apa hal? Girl yang engkau try hari tu dapat?", kataku bergurau, sengaja mengubah topik cerita.
Hahahaha... gelak ketawa riang di hujung talian sana jelas. "Jom keluar makan, aku belanja" Kasman mengajakku bersahaja. Lantas aku mengiyakan saja tanpa membantah. "5 minutos, por favor", sambungku lagi.

Tanpa berlengah aku mencapai tuala mandi aku lalu menuju ke bilik mandi. 10 minit berlalu, aku selesai membersihkan diri dan siap berpakaian jeans biru lusuh dan baju T-shirt berkolar. Tanpa berlengah, aku mencapai kunci kereta Camerro 360 Siries Merah kesayanganku.



Dengan bertemankan lagu-lagu Retro dari siaran Radio Sinar.FM, aku memecutkan keretaku kearah kesibukan kota Kuala Lumpur, Ibu negara Malaysia yang tercinta.

Sesampainya aku di sebuah restoran, aku memakirkan Camerro kesayanganku di satu sudut, dan berjalan keluar kearah Kasman yang sedang duduk tersenyum bersama tunangannya Suraya.

"Assalamualaikum", aku mengucapkan salam suci itu kepada kedua mereka.
Kasman menjawab salamku, lalu menyambung, "Ron, hari ini hari Ahad dan aku ada kejutan buat engkau", kasman seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari aku.

Aku hanya diam dalam persoalan, "Apa la yang cuba dia sembunyikan ni" monologku ringkas.

Tiba-tiba...

Seseorang muncul dari satu sudut, lantas menarik kerusi di sebelahku dan melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

Aku yang terpinga-pinga, membeliakkan mataku ke arah Kasman dan Suraya. "What kind of suprise is this?", monolog ku berpanjangan.

"Well, Ron, this is Syafiqah, an accountant", Suraya mula menyusun bicaranya.

Aku yang masih lagi kebingungan, lantas menoleh kearah gadis yang duduk di sebelah ku tadi.

Sekali lagi aku dikejutkan dengan kejutan mereka. Wajah gadis itu tak ubah malah seperti gadis yang pernah aku kenali 10 tahun lepas "Aerafidah".

Gadis itu tersenyum manis, berlesung pipit. Ya, hanya itu yang membezakan mereka berdua. Lesung pipit di pipi.

Aku tanpa mampu berkata-kata, hanya membiarkan suasana bening seketika...

Siapakah gadis yang duduk di sebelahku itu? Diakah atau seseorang yang lain? Lantas, tika dan saat itu, aku hanya membiarkan tiupan angin menghembuskan segala kata-kata.

TO BE CONTINUE..

Friday, February 27, 2009

Hatiku mulai berkata...


Saat ini aku merenung hamparan bintang di awanan, lalu muncul memori itu bermain di tabir mata bagaikan menyaksikan sebuah filem yang dilayarkan semula. Aku hanya diam tanpa bicara, lalu benak menerawang jauh hingga ke sudut fikiran dalam.

Aku berbahasa seadanya, mengucapkan salam suci "Assalamualaikum" kepadanya. Dia menyambut salamku lalu berlalu tanpa dia sedari aku memerhatikannya sehingga kehujung pengelihatan mata kasarku. Naluriku berbicara "Apa akan dapat bertemunya semula?"

Hari itu, seakan ditakdirkan Ilahi, aku bertemunya semula. Adakah dia masih mengenali atau mengingatiku? Hati kecilku mulai berbicara. Lalu benakku mula menyusun bait-bait bicara agar rasa janggal itu lenyap lesap.

"Hi, apa khabar?" itulah ayat pertama yang aku ucapkan sebaik bertentang mata dengannya.

Dia mengukir sebuah senyuman indah, dan itu sudah memadai buatku sebagai jawapan bagi pertemuan kedua ini.

Aku bertanya akan namanya, "Aerafidah" jawapnya ringkas dan padat. Hatiku tersenyum mekar. "Harap kita akan bertemu semula", harapku setinggi langit.

Pertemuan kedua itu aku abadikan dalam diari hatiku, lalu aku kunci serapatnya agar tiada siapa yang dapat membuka dan membacanya.

Hari berikutnya, dia ku temui lagi, tapi bukan aku yang menegur dahulu, tetapi sebaliknya. Seperti biasa, ucapan suci "Assalamualaikum" menghiasi sepasang bibir mugilnya. Saat aku menoleh ke arahnya, aku rasa bagai berjuta-juta kuntum bunga pelbagai warna dan jenis jatuh dari langit, lalu bercurahan keatas kami berdua sahaja. Alangkah hebatnya fantasiku pada masa itu.

Dia, ku lihat bagaikan puteri, wajahnya dihiasi sepasang mata bulat bersinar. Bertudung dan berbaju kurung hijau daun pisang. Keindahan itu bagaikan tidak terkata.

Pertemuan dalam sebuah majlis memberikan aku banyak peluang untuk berbual dan mengenali hati budinya. Dia, dikurniakan Tuhan sekeping hati lembut yang mudah menerima dan mengenali seseorang. Setiap perkataan dan tutur bicaranya indah dan lembut bagaikan sutera, mampu memukau setiap hati dan jiwa yang mendengar.

Pertemuan itu membuatkan kami mula mengenali antara satu sama lain, dan hubungan sebagai sahabat rapat mulai terjalin. Apa yang pasti aku dan dia sentiasa berhubungan apabila berjauhan. Entahlah, dapatkah dia rasa apa yang aku rasa?

Tiba-tiba, kenangan itu terhenti sampai di situ kerana mendung di awanan mulai menutupi berjuta-juta bintang di atas sana. Ahhhh... entah bila hati ini akan berbicara semula seperti malam ini?

Bisikan rasa?

Pagi ini, aku hanya duduk saja menghadap komputer. without nothing to do, aku try la menulis sedikit sebanyak dalam blog aku ni, sebab sudah lama tidak memasukkan entry baru dalam laman blog aku. lagipun dua orang kawan aku ni masih lagi tidur... Zazaza.

ermm... hari ni, hari jumaat, dan pagi ini juga ada meeting dengan bos Iqram kat ofis Seksyen 25... kul 1.00ptg, pegi solat Jumaat, ntah masjid mana la pigi kali ini. kadang2 kerja kami ini tidak tentu masa, tidak tentu tempat... selagi ada kudrat bergerak, selagi ada minyak kereta... selagi tu la kerja. Hehehehe, lucu kann. tapi ndak apa la, aku suka lagi kerja macam ni... kadang2 tu tengah malam baru balik rumah.

Tapi, apa yang aku ndak suka, bila partner ni suka sangat menyibukkan diri dalam hal-hal yang remeh!! Bukannya apa, mana yang dulu tu sila la didahulukan, ini perkara kecil-kecil pun boleh jadi isu yang besar, boleh diperpanjangkan sampai boleh memeningkan kepala.

Aku? aku buat apa?? aku malas mau campur perangai macam tu, aku buat bodoh saja, bukan bodoh betul! aku diam saja la... kadang2 ndak faham aku. Tapi kadang2 terasa juga diri aku ni, kalau berterusan begitu... nanti terikut-ikut perangai macam tu sendiri naya.

Ermmm... tak pa la, yang penting HIDUP MESTI TERUS...

Arimasen desuka?

Wednesday, February 18, 2009

Puisi dari kejauhan...



Saat aku merenung awan berarakan,
datang wajah-wajah tenang kerinduan,
lalu titisan manik-manik halus berlinangan,
sayu hati sekeping berbicara.

kenangan masa lalu membawa aku terbang,
terbang ke awangan tanpa sayap,
kisah cinta yang membara,
biarlah ku kubur jauh ke dasar.

sendiri menyelubungi diri,
hanya aku dan jiwa di sini,
saat itu terlalu indah,
tapi sayang jiwamu sirna,
ditelan arus keremajaan.

kalaulah kau tahu,
aku hanya merindui mu,
harapkah kau untuk menemuiku?
salam sayang dariku di kejauhan.

Monday, February 16, 2009

Monolog jauh...

aku bangun pagi itu,
terbentang lautan hijau di hadapan,
menanti akan sinaran matahari pagi,
memberi nafas-nafas baru kehidupan.

kenangan yang berlalu,
mungkin sukar untuk diulang,
pahit manis pelbagai rasa sudah kita tempuh,
sedih pilu gembira ketawa rasa itu berlalu...

terik mentari di wakti tengahari,
mengingatkan aku pada ibu dan ayah,
sanggup turun ke bendang memerah keringat untuk anak-anak di rumah,
terima kasih...

ermmm... kenangan itu masih terpahat di kalbu,
walau sudah berpuluh tahun ditinggalkan...

ayah, ibu aku rindu,
saudara-saudaraku...
bila kita akan bertemu,
dan sama-sama bergelak ketawa kembali seperti waktu dulu...

Arghhhh... Bikin panas!!

Aku panas betul la kalau abis betri telepon ni. Padahal semalam sudah cas penuh!! Adussss!!! Panas!! Panas!! Panas!!

p/s: Nasib baik komputer ndak tebakar!!

Blogging, antara keinginan dan ketagihan?


Assalamualaikum W.B.T

Kepada teman-teman seperjuangan sekalian... entry kali ini saya ingin membicarakan tentang aktiviti blog and blogging.

Saya percaya, 99.99 peratus dari anda semua sememangnya mengetahui dan faham akan maksud perkataan "blog" itu. Dan saya juga mempercayai bahawa kalian semua mampu untuk menjawab dengan baik sekiranya diajukan soalan tentang blog and blogging.

Tetapi, apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, tentang realiti sebenar aktiviti blogging ini. Suatu detik, saya pernah diberitahu oleh kawan saya berkenaan aktiviti blogging ini, dia mengatakan bahawa, aktiviti blogging ini "bahaya", boleh membawa kepada ketagihan dan sebagainya.

BENARKAH SEPERTI YANG DISANGKANYA??

Ermmm... bagi pendapat saya, aktiviti blogging ini sebenarnya suatu aktiviti yang sihat dan baik. Mengapa saya mengatakan sedemikian, kerana, melalui aktiviti ini kita mampu untuk meluahkan pendapat kita, mampu untuk meluaskan pengetahuan, mampu untuk membuka minda dan sebagainya (yang berkaitan dengannnya).

Semua perkata di atas sebenarnya dari aspek positif, tetapi blogging juga ada aspek negatifnya. Sebagai contoh, entry-entry yang dimuatkan di sesebuah laman itu berunsurkan fitnah, hasutan dan membicarakan keburukan... Perkara inilah yang membuatkan aktiviti blogging itu menjadi tidak sihat!

Justeru, persoalan ini saya ajukan semula kepada semua bloggers yang telah berkecimpung dalam dunia ini. Persoalan samada aktiviti ini sihat atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri. Sekiranya individu itu "rosak", maka rosaklah entry yang dilakukannya. Sekiranya individu itu baik, maka baiklah entry yang akan diketengahkannya...

Apa-apa hal pun, terpulang kepada empunya badan... CHALLO!! Rock, tetap Rock!!! Yeahhhh!!!