About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Sunday, December 20, 2009

A Road To Remember...


"Di sebalik gumpalan awan itu. Terlihat cahaya terang benderang yang menyuluh segenap kehidupan manusia."

Di hujung hentian itu aku melihat seorang manusia berbaring keseorangan. Dengan pakaian lusuh tidak terurus. Aku lihat keresahan langsung menguasai segenap jiwanya sehingga terpancar pada wajahnya.

Aku cuba mendekatinya. Bertanya dan berkenalan. "Hassan". Pendek jawapan darinya. Aku membatu diri lantaran riak pada wajahnya yang tidak ingin meneruskan konversasi.

"Apa yang kau cari dalam hidup ini?". Dengan tiba-tiba dia bersuara. Aku tergamam seketika. Berfikir, apakah maksud di sebalik soalan ini. Apa ada kaitan dengan hidupnya sekarang? Atau mungkin hanya sekadar luahan lantaran sunyi yang melingkari suasana?

"Maaf wahai sahabat. Aku kurang mengerti maksudmu."
"Biar aku mulakan kembali sahabat. Hassan namaku. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya dan ternama. Kediamanku sahaja mempunyai 20 bilik yang berasingan. Dan keluarga inilah yang paling kaya di seluruh daerahku. Ibu dan bapaku merupakan usahawan terkenal dan berjaya. Dan aku merupakan anak tunggal mereka." Aku tekun mendengar penerangannya.

"Semestinya saudara tertanya-tanya mengapa aku berkeadaan sebegini. Kerana itulah kaitan persoalanku yang awal tadi."

"Jadi mengapa begini?"

"Apa yang aku dapat tidak sama dengan apa yang aku cari, saudara. Ibu bapaku tidak punya waktu bersamaku."

"Oh..." Aku mengangguk dungu.

"Begini saudara." Otakku ligat mencari bicara yang tepat.
"Pendapatku, setiap masalah itu punya jalan penyelesaiannya. Jika motivasi kita kuat, akan mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Tuhan tidak akan berlaku kejam kepada hamba-hambanya. Membiarkan hamba itu terkapai-kapai keseorangan, ataupun duduk keseorangan di dalam gelap-gelita. Begini saudara, kita ke mussolah, solat dan berdoa, kerana itu sahaja jalan keluar yang aku lihat sekarang."

Hassan, si pemuda anak pengusaha kaya dan jutawan itu menitiskan air mata. Aku hanya tunduk menginsafi. Dalam hatiku berdoa, "Wahai Rabbku, ampunilah hambaMu yang hina ini kerana sentiasa lupa akan nikmat dan rahmatMu. Jauhilah hambamu ini dari sikap dan sifat riak dan takkabur. Amin ya rabbal alamin."

Di akhir kisah itu, aku menghadiahkannya sebuah buku. The Road To Mecca karya Muhammad Asad. Aku mendongak ke langit. Senyum. Inilah pengalamanku sepanjang seminggu berada di tanah seberang. Disember, 2005.

No comments: