
"Wanita, hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah,
yang akan membahagiakan cinta di dalam rumah tangga..."

Wanita, mungkin nampak dari luarannya lemah. Tetapi kaum hawa ini adalah golongan insan yang paling kuat sekali berbanding golongan lelaki dari suatu sudut.Tuhan ciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, supaya dekat dengan hati. Untuk di sayangi, di cintai, dan di kasihi.
Wanita agung, melahirkan pemimpin, pejuang, mujahid dan mujadid sepanjang zaman.
Tangan-tangan halus dan lembut milik mereka telah banyak berjasa mendidik insan yang budiman. Memang tidak dapat dinafikan.
Dan, salah seorang wanita ini adalah bondaku yang gigih dan tabah. TERIMA KASIH BONDAKU TERCINTA...

No comments:
Post a Comment