About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Tuesday, March 31, 2009

Aku dan kepulanganku?



15. Mac. 2009. 04.00 petang. Aku meninggalkan bumi Di Bawah Bayu itu dengan penuh rasa sayu. Seperti biasa, dengan protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu aku menaiki pesawat MH 2099 ke Kuala Lumpur. Tempat aku mencari rezeki dan pengalaman hidup.

Saat pesawat itu berlepas pergi, perlahan-lahan terbang ke langit biru. Aku merenung tanah kelahiranku dengan seribu satu perasaan rindu dan sayang. Rindu kepada kenangan-kenanganku, sayang kepada insan-insan yang aku tinggalkan di sana. "Ahhh... kesunyian akan kembali dalam hidupku lagi apabila pesawat ini mendarat kelak...", aku bermonolog sendirian.


"Kau tu bila mau kahwin ka?", emakku menyoalku sebelum aku berlepas tadi.


Dan, seperti biasa jawapanku mudah dan ringkas.


"Belum cukup umur lagi la Ma...", aku menjawab sambil tersenyum kecil. Bukannya apa, setiap kali aku bertemu dengan Mamaku itu, soalan pertama yang diajukan kepada ku adalah "kahwin".


"Hah! Setiap kali ditanya, itulah jawapan kau! Kau tu bukannya makin muda. Umur pun sudah hampir 30 tahun, apa nak jadi ni. Ni... anak pak Dollah tu baru lepas Universiti. Apa salah kalau pergi la kenal-kenalan dengan dia tu."


"Isk... apa la Mama ni. Budak tu baru lepas ijazah, biarlah dia cari kehidupan dia dulu. Ala, sudah la Ma, aku berangkat dulu. Kalau ada rezeki, ada la bah tu...", aku segera menggalas begku. Mencium tangan Mama dan Papa, lantas pergi ke ruangan berlepas.


Entahlah, bukannya aku tidak mahu memenuhi permintaan Mama, tapi, persoalannya dengan siapa? Rokiah? Melati? Rozana? Arghh... aku hembuskan kegalauan hatiku diawangan. Dan biarlah takdir yang menentukan soal hidupku sekarang ini.

*****************



07.15 petang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kasman, teman rapatku semenjak kecil menungguku di lapangan ketibaan. Dia seperti biasa tersenyum ke arahku sambil ditemani isterinya, Suraya.

"Welcome back my friend", Sapa Kasman kepadaku. Aku hanya tersenyum padanya dan bersalaman.

"So, how's your vacation?"

"Isk, abang ni, Ron tu baru sahaja keluar dari flight tu. Janganlah tanya macam-macam. Penat tu", Suraya mencubit manja lengan suaminya.

Aku hanya tertawa melihat gelagat mereka. Mesra dan bahagia. Itulah yang aku lihat hubungan kedua suami isteri itu.

"Cuti aku okey saja la. Tiada apa-apa yang menarik. Lagipun kalau itupun dikatakan vacation, aku tetap kerja juga.", aku menerangkan seadanya. Bukannya mengharapkan mereka faham, tapi sekadar memecah kesunyianku dari tadi.

"Jom makan", Kasman mengajak.

"Okey"

"So, kat mana tempatnya?", Suraya menyoal.

"Mana-mana di bawah langit, tempatnya di atas bumi", aku berseloroh kepada mereka.

"Ok, aku tau satu tempat baik punya", Kasman mengajak sambil meniru gaya Zizan dalam rancangan Astro Jozan "Baik punya...".

"Ohh... sebelum terlupa. Ajaklah Syafiqah tu sekali", Suraya memberi cadangan lantas tersenyum penuh makna.

Aku tersenyum, aku mencari telefon bimbitku di saku seluar dan mengeluarkannya. Aku menekan punat search untuk mencari nama Syafiqah dan menekan punat dail.

"Tut... tut... tut..", kedengaran di hujung sana, cuba untuk di sambungkan.

"Assalamualaikum, Ronny, How are you?", suara halus dan merdu menyambut panggilanku di hujung talian sana.

"Walaikumsalan, macamana you tau aku yang call? I am fine, thanks"

Agak sukar untuk aku gambarkan perasaanku saat ini. Gementar? gembira? takut? Bercampur baur dengan kepenatan yang aku alami.

"Ermm... nak keluar makan tak?", aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Kat mana?"

"Restoran seafood, Sri Bayu", aku mengajaknya.

"Just both of us?"

Aku tersenyum mendengar soalannya itu. "Kenapa? kalau hanya kita berdua adakah engkau akan bersetuju?" Aku berkata-kata sendirian.

"Apa?", Syafiqah menyoal secara tiba-tiba.

Aku lantas tersentak dari lamunanku.

"Ohh... tak, Suraya dengan Kasman pun ada sama"

"Okey, wait for me. 30 Minutes please", suara itu kedengaran riang di hujung sana. Adakah dia gembira bertemu denganku? "Isk... ini bukan perasaan, tapi perasan" aku bermonolog lagi.

"Okey, Syafiqah, we are waiting for you there. See you then... Assalamualaikum"

"Walaikumsalam"

Talian terputus. Kasman dan Suraya menoleh kearah ku serentak. Mereka tersenyum penuh erti kepadaku.

"So?", Kasman menyoal penuh makna.

"Okey, lets go there", aku faham akan maksudnya itu. Tetapi, aku tidak mengendahkannya. "Ahh... biarkanlah" hatiku berkata-kata sendirian.

*************



Restoran Seafood, Sri Bayu.

Kami mengambil meja di satu sudut dalam restoran itu. Bayu malam yang berhembus terasa segar menyentuh paru-paruku.

Pelayan restoran itu datang sambil mengambil pesanan. Tetapi, Kasman mengatakan sebentar kerana kami sedang menunggu seorang lagi teman. Pelayan itu berlalu sambil tersenyum.



Setengah jam kemudian. Syafiqah datang bersama seorang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan 6 tahun. Dia tersenyum manis ke arah ku. Manis.

"Hi... Assalamualaikum semua", salam suci itu diberikan bersama senyuman manis dan lesung pipit indah menghiasi wajah ayunya. Dia mengambil tempat duduknya di sebelahku. Hatiku berbunga riang. Kasman dan Suraya tersenyum senang dan penuh makna.

Kami serentak menjawab "Walaikumsalam".

"Dah order?", Syafiqah menyoalku.

Aku menggeleng, lantas memanggil pelayan restoran tadi untuk membuat pesanan. Pelayan itu datang, kemudian mengambil pesanan kami satu per satu.

15 minit kemudian, makanan kami sampai. Lalu, doa dilafazkan oleh Kasman, dan kami pun mula menyuapkan makanan.

"Mama, tolong hulurkan ikan tu kat, Syafiq", anak kecil itu menyoal Syafiqah. Syafiqah tersenyum, dan menghulurkan ikan itu.

Aku menoleh ke arahnya dengan penuh persoalan. Mama? Siapakah anak itu? Sudah berkahwinkan Syafiqah?

Malam itu, walaupun hatiku dipenuhi dengan bunga-bunga mekar kegembiraan, tetapi benakku dipenuhi dengan seribu satu persoalan tentang wanita yang duduk di sebelah ku ini. Adakah ini cinta atau sekadar perasaan?


17 comments:

Sofeabatrisyia said...

Hebat juga ko ni menulis ..... Ron ko kerja di mana sudah bah ni .... terima kasilah sebab tengok kami punya blog ... selamt berjaya .....

Sofeabatrisyia said...

persaan mu tu jak .... jd apalah kesudahnnya

Anonymous said...

hehehe... akhirnya bersambung juga cerita ko... tapi byk dialognya... aku jadi malas baca semuanya... hehehe... sowi...
cuba ko kurangkan dialog. mungkin penyampaian ko menjadi lebih matang nanti. -pandangan peribadi ja... jan ambik ati... hehehe-
tapi apapun tulisan ko memang bagus.
teruskan...

-m.i.r.a.c.l.e- said...

aku tau restoran tu... tomyam pot pek sana sedap!!! ndada pun watakku???

Roxy Zaire Awod said...

Sofiabatrisyia: Terima Kasih sebab sudi melawat laman blogku ini encik. Semoga berjaya juga untuk encik di sana. Heheeheh... ya mungkin perasaan ku saja itu. Heheheh.

Surinit: Terima kasih atas kritikan itu. Mungkin ada kebenarannya juga... Insya Allah aku akan cuba perbaikinya.

Miracle: Oii... mana kau tau sadap itu tempat? watakmu akan muncul jugak tapi entah bila... Heheheh.

Sofeabatrisyia said...

bila lagi ko mau sombung ceritamu ni Ron ......

sunshine said...

waaa..nk tau sambungan cerita ni...wlpn trlambat tapi aku dh bace cerita ni dari mula..caiyok..!

Roxy Zaire Awod said...

En. Ramli: Akan bersambung juga nanti ni... tengah cari idea untuk cerita yang lebih mengujakan.

Sunshine: Thank You, saya menghargainya...

untuk semua pembaca budiman, nantikan sehingga di hujung ayat... akan ada satu kejutan yang mungkin anda tidak pernah jangkakan...

Heheheheh...

LaDy NaS said...

salam ziarah... privacy blog of urs.. nice! leh jadi editor BH..hehe...salam ziarah and i follow u...hope u follow me too...syukran jaziilan ya akhi!

Anonymous said...

ooo... ada kejutan di akhir cerita ka? heheheh... macam ayat ku saja.... hehehe...

Fernanda Ferreira - Ná said...

Dear Roxy,

Thank you for visiting me at my new Blog where everything is written in Portuguese, so sorry if you can't understand, nevertheless we (the team) appreciate visitors from all over the world.

Unfortunately my dear, I am not the author of that amazing painting, I wish I were that gifted... I'm happy you have at least enjoyed it.

My Blog in English is http://fernandascorner.blogspot.com/,
Kisses and cuddles

n lee said...

isteri org?tanyelah dia betul kah sudah berkahwin.pandai ye menulis begini.

Fernanda Ferreira - Ná said...

Hi Roxy,

I would like to thank you for having visited my Blog.

I'm glad you enjoyed the music, I can't tell you who's the singer, she's Spanish and although I'm Portuguese I can understand everything she says. I chose that video for the message I wanted to give to the world, as I'm writing about pollution.
You can copy it if you want.
Hugs.
Fernanda

Jane Jlo said...

best cerita ko ne...mcm penulis profesional pla....

Jo Qusary said...

Aku ngan katak2 semua follow blog ko, k:)

Syukri Sapuan said...

salam ziarah.

seronok membaca cerita2 saudara ini.

lama tidak nampak saudara di blog saya.

doNut said...

hihi... aku baru bace blog ko ni ron...Wahaaa...diam2 ko, byk ko luahkan kt blog ye. Syafiqah tu sape lak? Syafiq tu aku tau la...anak sdare die tu. Ko try la tnye Syafiqah tu kalo x caye. Risik2 care org mude...aku pon pggil makcik aku mama beb =)...