About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Saturday, January 9, 2010

emosi... lawak kangkung!!

adesss!!! tersalah tendang bola pula...


sengsara si boy-boy
myspace layouts

Arghhh!!! pegi jahanam dengan prinsip mu!! aku tidak perlukan orang sepertimu, untuk aku hidup di dunia ini. hidupku cukup tenang sekiranya berkelana sendirian di atas muka bumi Tuhan ini.

lepaskan tanganku!! cukup!! hidupku bahagia sekarang... biar kais pagi makannya petang. tapi hati senang.

kau lupa janjimu dulu? waktu kita sama-sama basah kuyup disimbah hujan tengah hari itu? sesampainya aku di rumah... suhu badanku naik, demam seminggu!! tapi batang hidungmu pun langsung tidak kelihatan...

tetapi saat kau kesempitan hidup... kau datang kepadaku, merayu manja... meminta belas. adakah kau tidak punya malu?!

pegi jahanam denganmu... keluar kau!! keluar!!!

uiksss.. terlebih sudah, kekeke... sorry kawan. emosi kadang2 membuat kita sukar untuk membuat pertimbangan. jadi... kawal emosi anda, jangan sampai hidup anda tunggang langgang macam si tanggang kerana emosi. tepuk dada tanya iman (jangan tanya pada selera, kerana takut nanti kenyang mata jadi kuyu, mengantuk la).

entry ini kali suka2 saja... tiada kena mengena sama yang hidup atau yang telah meninggal dunia... bukan juga diklasifikasikan sebagai 18xxL, 18 PTPL atau yang sewaktu dengannya. tapi kalau ada yang terkesima... pandai2 la handle. keekekkekeke!!

jadi... gambar di bawah ni hanya sekadar hiasan. tingu la kamurang!


For each plastic bag wasted, please pay two dollars.


kucing ka tikus??


Self serving terminal.


No cycling or skating. No soccer.


Main entrance. (No sure how that came about.)


Temporary parking for unloading.


Warm milk. (In Chinese the word for “Milk” and “Breast” is the same.)

hah!!! ketawa la... penat aku buat ni tau. kekekek...

Friday, January 8, 2010

sedih dalam diam....


SALAM PERPADUAN SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA SEKALIAN

Entry kali ini saya mulakan dengan 'bismillah arrahman arrahim"...

saya terkejut apabila mendengar dan membaca laporan berita yang disiarkan pada hari ini berkenaan perbuatan individu yang tergamak membakar rumah ibadat agama lain (gereja).

aku termenung berfikir akan hal itu. apakah pokok puncanya peristiwa itu? sedih hati apabila memikirkannya. saya berharap pelakunya bukanlah seorang islam... dan bukan juga seorang rakyat Malaysia... saya harap!!

saya seorang islam yang cinta akan agama dan negara ini. dan kalau boleh tidak ingin agama yang saya anuti dicerca dan dihina oleh pihak lain! serta, saya tidak ingin negara yang aman makmur ini berpecah belah seperti negara2 lain di dunia ini. jadi, tepuk dada, tanyalah iman... pilih satu antara dua?

perpecahan hanya akan mengundang penjajahan!

Wednesday, January 6, 2010

Catatan tengah malam



Hallo2...

Salam berjumpa lagi dari diriku. Apa kabarnya anda? Wahhh!! Diharapkan senantiasa sihat sejahtera ya... dengan semangat dan azam tahun baru ini... moga2 dimakbulkan doa dan hajat.

seperti biasa, irama selow Broery setia menemaniku. Tidak kira malam, pagi, siang, petang...

"Catatan Tengah Malam"
bunyinya agak angker gitu... dan cerita kali ini memang sesuatu yang di luar dugaan anda. Seram dan mengerikan... boleh meremangkan bulu roma anda. Mungkin tahap 5 bintang. Hehehe....

Peristiwa ini berlaku pada malam semalam di Ofisku (Shah Alam). Pada masa itu... kawan seperjuanganku telah pergi dan bermalam di rumah pak ciknya dekat Puchong Perdana. Dan, tinggalah aku keseorangan. Malam semakin larut...

lebih kurang jam 2- 3pagi... aku terjaga dari tidurku. Dan ingin ke Jamban (aka Tandas aka Toilet) untuk melepaskan hajat yang terkumpul sejak dari pagi tadi... kekeke...

Jestru aku bangkit dari pembaringan... aku berjalan menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. Saat aku memutarkan tombol pintu itu dan membukanya... dengan tiba-tiba "sesuatu" (dengan pantas) seolah-olah masuk di celah-celah badanku... aku terkejut lalu mengangkat penumbuk untuk langkah persediaan.... tetapi... fuhhh!!! lega, itu hanya baju rakanku yang disangkutnya di tombol pintu tersebut....

melihat itu, aku menarik nafas lega... tetapi entah mengapa, fikiranku terus saja terfikir yang bukan-bukan (pasal hantu atau jin la)... tapi, aku buat2 cool ... macam kumpulan kool. wakaka!!

setelah aku keluar dari "pusat pembuangan", aku langsung menuju ke tempat peraduanku untuk menyambung kembali filem yang terputus sebentar tadi...

tetapi, saat aku hendak membaringkan tubuhku.... dengan tidak semana-mana, telingaku menangkap suatu pergerakan di atas ceiling ofisku... bunyi seperti orang berjalan dan mengetuk negtuk ceiling tersebut berulang-ulang kali....

aku terkejut tetapi cuba untuk bertenang.... peluh mula menitis... peluh sejuk!!

aku cuba untuk berfikiran positif.... mungkin tikus... tetapi ketukannya terlalu kuat bagi seekor tikus. arghhh!!! aku mulai jadi risau kerana otakku ligat memikirkan tentang seorang manusia yang mungkin membawa sebilah parang panjang dan cuba untuk memecah masuk ke kedai sebelah (mydin), atau mungkin juga orang itu akan masuk ke dalam ofisku dengan niat ingin mengambil sesuatu yang berharga!!!

maka, sebagai langkah persediaan... aku lantas mencapai sebatang besi yang terletak tidak jauh dari tempat pembaringanku sebagai langkah persediaan.... hatiku nekad, sekiranya orang itu masuk menceroboh... maka aku akan habisi dia dengan batang besi ini sampai lumat!!! tidak kira berapa ramai mereka!!! wahhh!!!

dengan sedikit ilmu pertahanan diri yang aku pelajari dahulu dibantu, sebatang besi dan hati yang nekad... aku sabar menunggu orang itu.... tawakal adalah senjata yang paling ampuh bagiku pada masa itu.

aku bersabar... 5 minit berlalu, bunyi-bunyian itu masih lagi berlangsung. malahan bunyinya semakin kuat didengar. aku sudah bosan menunggu!!

kesabaranku beransur-ansur terhakis. peluh mulai membasahi tubuhku.... aku sudah bosan menunggu!!

"ASSALAMUALAIKUM!!!'

salamku tidak berbalas. tetapi bunyi itu terhenti serta merta.

sejurus bunyi ketukan dari atas itu terhenti... otakku ligat berfikir dan membuat kesimpulan bahawa.... ada makhluk lain selain aku di dalam ofis ini. makhluk yang tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar...

maka... tawakal sekali lagi menjadi senjata ampuh. kerana bunyi itu datang kembali... malah semakin kuat kedengarannya.

aku bertenang dalam ketakutan dan kerisauan.... besi semaki erat digengaman.... ayatul kursi, 3 Qul dan zikir mula membasahi bibirku....

bunyi itu berterusan sehingga 30 minit lamanya.... malamku terganggu!!! ciss!!! aku tidak dapat melelapkan mata sehingga matahari pagi itu menjelma. waaaaa!!!

sebenarnya, itu bukan pengalaman pertamaku.... tetapi yang ini special sikit sebab, pada keesokan harinya.... kawan sekerja ku juga mengalami perkara sama di ibupejabat syarikatku. wahhh!!! cumanya dia melihat makhluk itu melalui CCTV yang dipasang di dalam ofis tersebut. wahhhh!!!


Monday, January 4, 2010

Aku rancang....

1. Derita pertama
jalan di hadapan itu punya banyak cerita.... aku suka namakannya "jalan penderitaan". Di hujung sana, tinggal sebuah keluarga yang punya anak yang ramai. Seluruh kawasannya berubah... tetapi jalan di hadapan itu saja yang belum punya perubahan. maka, bagi sesiapa yang ingin ke hujung sana... aku ingin ucapkan Selamat Menderita!!


2. Road Trip
Zikri tengah siuk melayan pemandangan kiri kanan... Hehehe.... Perjalanan ini dari KM ke Sandakan, melalui Pitas. Jauh o0o0o0o0.... 350KM (lebih kurang la)

3. Bonda dan Al-Ziq (aka Kennychi aka Baby Jipun)
4. Pemandangan dari KWM (kubu tentera British di Ranau)

5. Pondok buruk yang penuh dengan kenangan
Jemputlah naik sekali-sekala
______________________

Aku rasa mau balik lagi ke Borneo Utara hujung tahun 2010 ni. Insya Allah. Bukan apa... dijangkakan hujung tahun ni ramai yang akan balik. dari penang sampailah ke melaka. semua akan balik ke sana. jadi, apa lagi... mari kita balik ramai2.

kamurang semua jadi ka?

jangan ndak jadi aaaa.... banyak planing ni.

aktiviti:

1. panjat bukit
2. jalan2 di taman kinabalu
3. jalan2 di Lahad Datu sama Semporna
4. cuti di pulau Sipadan atau ligitan. Paling miskin pun di pulau Tunku.
5. Kemungkinan besar kita akan singgah di Sandakan.
6. Makan ikan masin atau lumahan. Wakakaka!!
7. Jangan dilupa Sup Bandau yang popular.
8. Tidur di KK sambil membeli belah
9. Lagi, Kita akan pegi lembah Danum, LD
10. aku juga bercadang mau panjat Gunung Kinabalu.
11. Mungkin kita pigi juga di Pulau Labuan...
12. Atau juga kita masuk di Brunei.

jadi... itulah list yang aku plan. balik kamurang aaaa!!!

pasal kenderaan?? jangan susah hati... aku sudah tempah satu kereta lembu di KK... kawan punya.

pasal duit?? Pandai2 la kita pikir sama. tapi apa yang penting... aku sudah start mengumpul sikit2 sekarang ni. janji rock!!!

bajet untuk percutian akan datang.... aku akan kira dan postingkan pada minggu hadapan.

HUHUHUHUHUHU....

tengkiu... tengkiu...