About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Wednesday, January 6, 2010

Catatan tengah malam



Hallo2...

Salam berjumpa lagi dari diriku. Apa kabarnya anda? Wahhh!! Diharapkan senantiasa sihat sejahtera ya... dengan semangat dan azam tahun baru ini... moga2 dimakbulkan doa dan hajat.

seperti biasa, irama selow Broery setia menemaniku. Tidak kira malam, pagi, siang, petang...

"Catatan Tengah Malam"
bunyinya agak angker gitu... dan cerita kali ini memang sesuatu yang di luar dugaan anda. Seram dan mengerikan... boleh meremangkan bulu roma anda. Mungkin tahap 5 bintang. Hehehe....

Peristiwa ini berlaku pada malam semalam di Ofisku (Shah Alam). Pada masa itu... kawan seperjuanganku telah pergi dan bermalam di rumah pak ciknya dekat Puchong Perdana. Dan, tinggalah aku keseorangan. Malam semakin larut...

lebih kurang jam 2- 3pagi... aku terjaga dari tidurku. Dan ingin ke Jamban (aka Tandas aka Toilet) untuk melepaskan hajat yang terkumpul sejak dari pagi tadi... kekeke...

Jestru aku bangkit dari pembaringan... aku berjalan menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. Saat aku memutarkan tombol pintu itu dan membukanya... dengan tiba-tiba "sesuatu" (dengan pantas) seolah-olah masuk di celah-celah badanku... aku terkejut lalu mengangkat penumbuk untuk langkah persediaan.... tetapi... fuhhh!!! lega, itu hanya baju rakanku yang disangkutnya di tombol pintu tersebut....

melihat itu, aku menarik nafas lega... tetapi entah mengapa, fikiranku terus saja terfikir yang bukan-bukan (pasal hantu atau jin la)... tapi, aku buat2 cool ... macam kumpulan kool. wakaka!!

setelah aku keluar dari "pusat pembuangan", aku langsung menuju ke tempat peraduanku untuk menyambung kembali filem yang terputus sebentar tadi...

tetapi, saat aku hendak membaringkan tubuhku.... dengan tidak semana-mana, telingaku menangkap suatu pergerakan di atas ceiling ofisku... bunyi seperti orang berjalan dan mengetuk negtuk ceiling tersebut berulang-ulang kali....

aku terkejut tetapi cuba untuk bertenang.... peluh mula menitis... peluh sejuk!!

aku cuba untuk berfikiran positif.... mungkin tikus... tetapi ketukannya terlalu kuat bagi seekor tikus. arghhh!!! aku mulai jadi risau kerana otakku ligat memikirkan tentang seorang manusia yang mungkin membawa sebilah parang panjang dan cuba untuk memecah masuk ke kedai sebelah (mydin), atau mungkin juga orang itu akan masuk ke dalam ofisku dengan niat ingin mengambil sesuatu yang berharga!!!

maka, sebagai langkah persediaan... aku lantas mencapai sebatang besi yang terletak tidak jauh dari tempat pembaringanku sebagai langkah persediaan.... hatiku nekad, sekiranya orang itu masuk menceroboh... maka aku akan habisi dia dengan batang besi ini sampai lumat!!! tidak kira berapa ramai mereka!!! wahhh!!!

dengan sedikit ilmu pertahanan diri yang aku pelajari dahulu dibantu, sebatang besi dan hati yang nekad... aku sabar menunggu orang itu.... tawakal adalah senjata yang paling ampuh bagiku pada masa itu.

aku bersabar... 5 minit berlalu, bunyi-bunyian itu masih lagi berlangsung. malahan bunyinya semakin kuat didengar. aku sudah bosan menunggu!!

kesabaranku beransur-ansur terhakis. peluh mulai membasahi tubuhku.... aku sudah bosan menunggu!!

"ASSALAMUALAIKUM!!!'

salamku tidak berbalas. tetapi bunyi itu terhenti serta merta.

sejurus bunyi ketukan dari atas itu terhenti... otakku ligat berfikir dan membuat kesimpulan bahawa.... ada makhluk lain selain aku di dalam ofis ini. makhluk yang tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar...

maka... tawakal sekali lagi menjadi senjata ampuh. kerana bunyi itu datang kembali... malah semakin kuat kedengarannya.

aku bertenang dalam ketakutan dan kerisauan.... besi semaki erat digengaman.... ayatul kursi, 3 Qul dan zikir mula membasahi bibirku....

bunyi itu berterusan sehingga 30 minit lamanya.... malamku terganggu!!! ciss!!! aku tidak dapat melelapkan mata sehingga matahari pagi itu menjelma. waaaaa!!!

sebenarnya, itu bukan pengalaman pertamaku.... tetapi yang ini special sikit sebab, pada keesokan harinya.... kawan sekerja ku juga mengalami perkara sama di ibupejabat syarikatku. wahhh!!! cumanya dia melihat makhluk itu melalui CCTV yang dipasang di dalam ofis tersebut. wahhhh!!!


5 comments:

-m.i.r.a.c.l.e- said...

apakah itu???

Anonymous said...

lain kali ko balas la ketuk balik.... dia ketuk sekali, ko ketuk 2 kali... hehehe. dia ketuk 10 kali, ko balas 100 kali....

d surinit dulu2 pn haunted jg... tp kalu aku, kasi pilai pakai domburan jak! hahaha...

RONIJAMAWOD AL-SABAH said...

hahahahha!!! domburan.

-m.i.r.a.c.l.e- said...

kesesatan sdh cron ni!domburan pun nda tau ka?apa lagi kalau babagung mezsti ko x tau kan!paas di dida pun mesti ko x tau!

Anonymous said...

hahaha... domburan tu ba...
apa lg kamurang ingat? babagung tu biasa2 ja... tutubug ingat lagi? hahaha...

(4. cuti di pulau Sipadan atau ligitan. Paling miskin pun di pulau Tunku.=marilah kita snokerling @ skuba diving! milolosod ba!!! mitataan siapa paling anaru sukod tumolop waag!)
=INI LG SATURANG NI! SIAPA PUNYA KARAJA MILOLOSOD NI AH? HEHEHE... INDA MO LA MILOLOSOD. MATAI! MOGOT PO MILOLOSOK. ATAUPUN MITOTOLONG DLM AIR... INDA SANGGUP AKU KANA KASI LOSOD DLM WA'AG OWOH. ONIBAK SUKUD. nanti... aku garuk2 'kelapa' dl... sukod tu apa? adessss!!!=

bah... kasi lojuak ja bahasa kimaragang kamurang ah.... hehehe...
-nah... ada lg yg garuk 'kelapa'... apa sdh tu kasi lojuak???- tny chawen la klu yg itu...