About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Monday, February 16, 2009

Blogging, antara keinginan dan ketagihan?


Assalamualaikum W.B.T

Kepada teman-teman seperjuangan sekalian... entry kali ini saya ingin membicarakan tentang aktiviti blog and blogging.

Saya percaya, 99.99 peratus dari anda semua sememangnya mengetahui dan faham akan maksud perkataan "blog" itu. Dan saya juga mempercayai bahawa kalian semua mampu untuk menjawab dengan baik sekiranya diajukan soalan tentang blog and blogging.

Tetapi, apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, tentang realiti sebenar aktiviti blogging ini. Suatu detik, saya pernah diberitahu oleh kawan saya berkenaan aktiviti blogging ini, dia mengatakan bahawa, aktiviti blogging ini "bahaya", boleh membawa kepada ketagihan dan sebagainya.

BENARKAH SEPERTI YANG DISANGKANYA??

Ermmm... bagi pendapat saya, aktiviti blogging ini sebenarnya suatu aktiviti yang sihat dan baik. Mengapa saya mengatakan sedemikian, kerana, melalui aktiviti ini kita mampu untuk meluahkan pendapat kita, mampu untuk meluaskan pengetahuan, mampu untuk membuka minda dan sebagainya (yang berkaitan dengannnya).

Semua perkata di atas sebenarnya dari aspek positif, tetapi blogging juga ada aspek negatifnya. Sebagai contoh, entry-entry yang dimuatkan di sesebuah laman itu berunsurkan fitnah, hasutan dan membicarakan keburukan... Perkara inilah yang membuatkan aktiviti blogging itu menjadi tidak sihat!

Justeru, persoalan ini saya ajukan semula kepada semua bloggers yang telah berkecimpung dalam dunia ini. Persoalan samada aktiviti ini sihat atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri. Sekiranya individu itu "rosak", maka rosaklah entry yang dilakukannya. Sekiranya individu itu baik, maka baiklah entry yang akan diketengahkannya...

Apa-apa hal pun, terpulang kepada empunya badan... CHALLO!! Rock, tetap Rock!!! Yeahhhh!!!

1 comment:

Anonymous said...

blogging...
hm... bagi aku ia biasa2 saja... tidak la menjadi ketagih pula. klu org mcm aku, blogging ni berfaedah juga sebagai teman bicara... kabarasan nopo beno... sb aku pun indak suka jalan2 menghabiskan masa tak tentu hala, bertandang ke rumah orang dan mengumpat sesama jiran jauh sekali. dgn blogging, aku boleh belajar sesuatu yg baru... menimba pengetahuan sekadar yg ada... dan paling penting aku tidak buang masa duduk2 di rumah orang tanpa tujuan selain sengaja membakar lidah dgn api. ahakssss!

hanya saja; "JANGAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA DENGAN SENGAJA"

chow..