About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Tuesday, November 24, 2009

Aku bermonolog lagi?

Malam ini aku ingin menulis lagi. Tapi tentang apa? Hidup? Masakan aku bisa menulis tentang hidupku sedangkan sekarang ini pun langsung tidak keruan. Ya? Adakah tidak keruan? Persoalan-persoalan inilah yang bermain dalam mindaku.

Maka aku bermonolog lagi, andaikata 10 tahun lepas bisa untuk aku ulangi maka aku akan ulanginya semula. Saat-saat itu bermain di bibir mata, seolah memainkan sebuah filem hollywood yang diterbitkan oleh syarikat 21st century fox. Waduhh...

Semenjak akhir-akhir ini tidur malamku terganggu kerana sering bermimpikan perkara yang sama. Pada babak pertama, pertemuan pertama kami diputarkan dan saat itu menjadi indah. Seindah pemandangan Danau Toba di Medan, Indonesia yang aku lawati bulan Mei lepas. Dengan diselimuti kabus putih berarak perlahan, mentari menyinar mesra tersenyum melihat kami berdua berserta alunan kicauan burung bersahut-sahutan seolah memainkan simfoni okestra RTM. Indah tidak terkata.

Pada babak pertengahan, aku bermimpi akan klimaks pertemuan itu. Gembira, sedih, duka dan derita. Seolah berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga ros yang cantik tetapi berduri, bunga taik ayam yang cute tetapi punyai nama yang "jelek". Ya, bisa saja aku menyenaraikan semuanya tetapi jemariku sudah cramp, ditambah lagi dengan kepalaku yang sibuk "bengeng" dek kerana melayan lagu-lagu nightwish. Dan, ingin saja aku menambahnya di sini akan saat-saat bersama di dalam gym Taekwondo. Itu hobi kami berdua masa itu. Alangkah lucunya sekiranya aku katakan bahawa setiapkali kami berlatih tendangan dan tumbukan, dan setiap kali tendangan dari kakinya yang comel itu mengenai tubuhku, tidak kira di mana, malah di "situ" pun pernah sekali, aku gembira. Huh!! alangkah pelik dan ajaibnya peristiwa itu.

Di akhir cerita mimpi itu, perpisahan akhirnya terjadi. Dia pergi jauh meninggalkan aku. Bukan setakat jasad malah jiwa itu pun pergi juga. Dan aku merasakan seolah-olah sebiji batu dari rekahan gunung berapi Costa Rica menghempap kepalaku. Yang dalam masa yang sama kurasakan seolah-olah kulitku disiat-siat oleh sebilah belati tajam diimport khas dari Arab Saudi. Sesaat masa, duniaku kosong... Aku rasakan seolah-olah berada di dalam sebuah bilik kosong yang dicat putih disekelilingnya. Cubalah anda bayangkan anda berada di bilik itu. Tetapi aku steady, (kononnya). Tanpa aku sedari air mata lelakiku menitik jua... ya, memang aku tidak sedari...

Puff!!! Aku terjaga dari tidur. Seperti majik (bahasa inggeris yang dimelayukan: Magic) David Copperfield, segala-galanya kabur, hilang dari pandangan. Dan aku rasakan kelopak mataku basah...

Tetapi, percayalah aku tidak pernah salahkan dia. Bagiku, dia cuma satu. What the past is past. Dia akan selamanya hidup dalam benakku sebagai seorang lagenda hidup yang pernah mengembirakan aku...

No comments: