Aku masih lagi mencari bait-bait kata indah yang perlu untuk aku ungkapkan kepadanya. Ya, sejujurnya aku nyatakan maluku masih menebal selepas kejadian semalam. Setelah sekian lama hubungan itu terputus, aku memberanikan diriku untuk menghubunginya semula. Menunggu jawapan di hujung talian memang sesuatu yang menyeksakan.
Deringan demi deringan aku nanti dengan sabar dan debaran. Akhirnya talian di sebelah sana terjawab juga.
Suara lembut dan halus di hujung sana membuat aku teruja dan rindu untuk bertemunya. Sememangnya tidak ku nafikan perasaanku waktu itu.
Aku bertanya khabar dan keadaan hidupnya waktu ini. Dia menyatakan dia baik-baik saja dan juga rindu pada ku.
"Itu sesuatu yang bagus", kataku padanya. Tawa manjanya menghiburkanku.
"Aku perlu jawapanmu Shafiqah. Adakah dirimu sudah berpunya?"
"Tidak"
Jawapan ringkas itu melegakanku. Ya, apa tidaknya sekian lama tidak menghubunginya dan langsung tidak mengetahui perkhabaran dan perkembangan hidupnya. Aku sangkakan dirinya sudah berpunya. Sangkaanku meleset sama sekali.
Alhamdulillah, syukurku dalam hati. Lantas, aku mengatur masa dan ketikanya untuk aku bersua muka dengannya kembali. Bila? Selagi bulan itu terang bersinar... ingatanku utuh padanya.

No comments:
Post a Comment