About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Thursday, April 1, 2010

APRIL FOOL: Hari untuk manusia menjadi bodoh dan diperbodohkan.

1. April Fool. 2010

inilah first entry aku untuk 2 bulan ke belakang ini. Aku malas menghadap skrin ini kerana setiap kali aku menghadapnya, pasti aku akan bertongkat dagu dan berfikir kearah mana tujuan penulisanku. Kiranya seperti sesat di tengah-tengah padang pasir tandus atau mungkin juga dikatakan terumbang-ambing ditengah-tengah lautan luas yang bergelora.

Seperti tajuk, hari pertama untuk bulan april membawa makna bagi sesetengah manusia kerana mungkin pada tarikh itulah mereka dilahirkan, berkenalan dengan seseorang atau mungkin juga kehilangan seseorang yang disayangi...

Malangnya kebanyakan manusia melihat hari pertama bulan ini adalah untuk memperbodohkan manusia lain yang berhati jujur dan mulia. mengapa ini berlaku? tepuk dada tanyalah iman, kerana jikalau ditanya kepada selera sudah pasti tidak akan pernah surut akan mahunya.

Maka aku menulis lagi....

Dari mana datangnya idea memperbodohkan manusia pada bulan ini. Aku jadi tertanya-tanya. Dan apabila aku cuba untuk mencari jawapannya, aku bertemu sesuatu...

"Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’. (Ruj: http://irwan007.wordpress.com/2007/04/01/april-fool-rai-kejatuhan-islam/)"

Apa yang pasti saudara-saudara seagamaku seolah-olah terlalu mengagungkan hari ini dengan memperbodohkan manusia lain... mengapa kita umat yang terpilih (untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran) ini sanggup mengikut bontot barat yang secara terang-terangan menghina dan memijaklumatkan umat ini??

Akhirnya....

Aku hanya duduk termenung, menerawang jauh fikiranku. Sedih hatiku...

Bangkitlah jiwa, bangkitlah diri... selamatkan akidahmu, kuatkan imanmu...


JANGAN JADI SEPERTI MEREKA, RATAPTANGISLAH SAUDARAMU DI PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN, CAUCASSUS DAN SELURUH DUNIA YANG TENGAH DIBANTAI OLEH MANUSIA-MANUSIA ZALIM KEBINATANGAN!!!

No comments: