About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Saturday, April 24, 2010

Hidupku Bukan Di Sini

hidupku bukan di sini...
mencari rezeki di rantauan,
belajar tentang sifat dan tingkah manusia,
apatah lagi berada di kota besar ini,

hidupku bukan di sini...
harta dan kekayaan,
pangkat dan kejayaan,
sinonim dengan kehidupan,

hidupku bukan di sini...
mengenal bermacam ragam manusia,
ada yang kata high class,
ada yang berpendapat standard,
ada yang rasa jenama, barangan mahal dan sebagainya,
tetapi...
hidupku bukan di sini...

hidupku bukan di sini...
kerana aku bukan siapa-siapa,
menghadap langit kelam,
kadang-kala membeku fikiran,
melihat matahari sirna,
jiwa resah gelisah,

hidupku bukan di sini...
hanya menumpang di sudut kehidupan mereka,
high class dan standard bukanlah aku yang sebenar,
tetapi...
masih ada manusia yang ku kenal,
sedemikian rupanya,
sedemikian sifatnya,

hidupku bukan di sini...
kerana...
siapalah aku dimata mereka,
berkata tentang tentang tentang akhirat,
segan dan malu di dada,
berkata tentang iman dan amal,
diriku masih buntukannya,

hidupku bukan di sini...
kerana...
Tuhan menilai manusia kerana iman dan takwa,
bukan pada paras rupa,
bukan pada harta benda,
bukan pada pangkat dan kejayaan,

hidupku bukan di sini...
kerana...
mama aku ingin pulang.

RZA
puchong.
24 April 2010

No comments: