About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Wednesday, December 16, 2009

Pertemuan...

Syafiqah Nadya hadir malam itu, dengan berbaju kurung kuning lembut serta dihiasi tudung biru laut. Cukup membuat mata hatiku tidak lekang memandangnya. Beautiful!

Setelah sekian lama kami tidak berhubung melalui telefon, SMS atau Email. Bagaikan mimpi, dia menghubungi aku melalui telefon semalam. Dan kami berbual panjang. Bertanyakan khabar masing-masing. Bertanya tentang perkembangan kerjaya dan sebagainya. Akhirnya dia menyatakan untuk berjumpa denganku malam ini.

Aku lantas menyatakan persetujuan. Bertanyakan tempat dan masa.
"Well, see you at Bandar Utama Seafood Restaurant, Damansara. 8.00pm", Suara halusnya di hujung talian menghiburkanku.
"Baiklah, saya jumpa Syafiqah kat sana"
"Orite then, see you there. Bye!"
"Bye"

Nafasku turun naik kencang kerana Syafiqah Nadya Abdul Halim itu telah berdiri tegak dihadapanku sekarang. Fenomena apa yang sedang melanda diriku ini? Aku bermonolog sendirian. Tetapi aku gembira kerana setelah 10 bulan kami langsung tidak berhubung. Terlalu lama menanti. Dan malam ini, di tempat ini, akan menjadi saksi segala-galanya.

Wajah manis itu langsung tidak berubah. Aku sanggup menatapnya walau fajar menyinsing tiba.
"Exciuse me sir, order please"
"Arghh!! pelayan ini kacau daun la" kata hatiku hanya sampai di rengkungan. Takut dikata kurang beradab. Aku pantas memesan makanan agar pelayan itu tidak menggangu mood romantik yang sedang aku ciptakan.

"Maaf awak sekiranya perjumpaan dibuat secara mengejut". Syafiqah memulakan bicara. Aku hanya diam, tekun mendengar bait-bait bicara yang keluar dari bibir comelnya.

"Setelah saya membisukan diri selama ini, barulah hari ini saya mendapat kekuatan untuk memulakan kembali bicara dan hubungan yang terhenti selama ini". Aku masih kaku. Menunggu bicara seterusnya dari Syafiqah. Jantungku berdegup kencang. Bermacam perkara bermain di mindaku sekarang.

"Semenjak pertemuan pertama, saya tahu apa yang tersirat di sebalik hatimu. Dan ketahuilah bahawa hari ini ingin saya beritahu kesemuanya tentang diriku kepadamu". Debaranku semakin kencang.

"Sebenarnya saya sudah pun berkahwin dan punya seorang anak lelaki. Shafiq. Awak sudah pun melihatnya ketika pertemuan kedua itu". Tiba-tiba kedua-dua jemari tanganku bergetar, diikuti dengan lutut dan kaki. Tetapi aku cuba untuk bertenang, cuba untuk mendengar kata seterusnya daripada Syafiqah.

Tetapi belum sempat Syafiqah berkata-kata, tanpa tertahan, lidahku lancar berbicara "How about your husband? Where is he?"

"Suami saya telah meninggal dunia akibat kemalangan 2 tahun lepas." Aku melihat titisan halus mulai keluar dari celah-celah kelopak matanya. Hatiku ikut luluh melihat keadaan itu. Aku tunduk menginsafi peristiwa yang berlaku kepadanya. Simpati menjalar keseluruh tubuhku.

Keadaan senyap seketika. Lalu aku membuka bicara.
"Shafiqah ketahuilah sesungguhnya hatiku ini telah terpaut padamu sejak pertemuan pertama. Dan itu tidak akan berubah sehinggalah saat ini. Aku cinta akanmu"

Shafiqah merenungku sedalam-dalamnya. Aku cuba untuk bertenang. Cuba untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku selepas detik ini.

"Maaf, saya mungkin terburu-buru untuk meluahkannya", Aku rasa bersalah akan apa yang aku katakan sebentar tadi.

Detik itu, aku melihatnya tersenyum kembali. Lega.

"Maaf awak, saya dengan senang hati menerimanya. Tetapi hati saya risau sekiranya Shafiq tidak dapat menerimanya."

Keadaan hening seketika. Aku cuba untuk mengekalkan mood romantik. Tidak mengapa, aku tidak akan memaksamu sayang. Selagi langit dan bumi itu ada, maka selamanya kau tetap dalam hatiku. Monologku panjang.

9.00pm. Shafiqah meminta izin untuk beransur pulang. Aku memberikan senyuman kepadanya dan mengganguk kecil tanda mengizinkannya.

10.00pm. Aku sampai di rumahku. Lalu bersiap untuk beradu. Penat tetapi seronok, kerana Shafiqahku telah aku ketahui rasanya.

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
aku yang terluka dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau berikan hukuman
andai maaf pun tak kau terima...

Sayup-sayup lagu Broery Marantika bertajuk Biarlah Bulan Bicara menemani tidurku malam ini. Tenang jiwaku setelah dapat bertemu dengan Shafiqahku. Selamat malam bulan, selamat malam bintang, semoga malam esok kau akan ku temui lagi.

5 comments:

Anonymous said...

ui na... rajin jg ko tulis2 ni...

capat sambung....

Roxy Zaire Awod said...

hahaha... steady. aku tengah cari idea meletup!

-m.i.r.a.c.l.e- said...

baju kuning tudung biru.kasutnya apa?pink ka? agak2 la bagi warna baju.gepren c oyek bgs lg klu bgitu.baju pink sususga putih!

Roxy Zaire Awod said...

hahaha... mengolok kau aaa??

Anonymous said...

ayoyo... contrasnya kaler!!!
gepren c oyek pakai susuga lagi... sagebnya! ada dia ikat tutubug ka? hehehe