Aku ingin menulis lagi...
Jiwaku terasa seperti disentak-sentak untuk mencoretkan sesuatu di atas kanvas maya ini. Ya, manakan tidak aku sebenarnya teruja siang tadi kerana dapat bertemunya. walaupun hanya seketika, tanpa ada banyak bicara yang menyulami pertemuan kami. Itu sudah cukup bagiku. Diamnya membuat aku terpaku, renung matanya membuat aku terganggu, suara merdunya membuat aku terlena... dan bermacam-macam lagi perasaan yang berkecamuk di dalam jiwa. Adakah rasa itu ada di dalam dadanya? Aku tinggalkan pertanyaan itu, sengaja aku tidak menjawabnya. Bimbang nanti dikata perasan. Wahhh~~
Saat ini, kesemua kawan serumahku tengah asyik melayan game bola di tingkat bawah. Aku lebih selesa untuk berada di atas. Mencatit sesuatu, dan berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang sudi. Justeru, saat ini benakku ligat berfikir, menafsir dan menganalisis.
Pertemuan siang tadi sebenarnya sudah lama untuk saya rancang, dan Alhamdulillah berjaya juga akhirnya.
Aku bersama 2 orang rakan sekerja menjemputnya dekat dengan rumahnya. Bermacam-macam perkara bermain dalam minda. Risau sekiranya keluarganya menjemput aku masuk ke dalam rumah... Bukannya apa, dengan keadaan diriku yang selekeh, hanya berselipar tandas, baju round neck, dan seluar jin yang dilipat melebihi paras buku lali.... seperti orang gila rasanya. LOL.
Ahhh... biarkan, aku adalah aku.
Maka... saat ini, aku menulis sesuatu;
Setelah berkurun lama aku menanti,
akhirnya kau muncul di jendela hatiku
tersenyum manis bak bidadari
cahaya terang seterang bintang kejora
wahai insan mulia
maaf kiranya aku terlebih bicara
bukan niatku untuk bersifat sedemikian rupa
cuma jasadku gemuruh
peluh merembes di dahiku
nafas menyesak dalam kalbu
suara tersekat di halkum
Hatiku meronta untuk mengatakan
sayangku hanyalah kamu
tetapi maluku menjadi hijab
antara hatimu dan hatiku
maka saat itu
aku biarkan ianya berlalu
diammu aku restu
senyummu aku rindu
jelingmu aku damba selalu
sesungguhnya...
kau masih bidadari kecilku
kau masih bintang kejoraku
Selamat Malam wahai jiwa yang suci....
kita berjumpa lagi di lain waktu...

No comments:
Post a Comment