celaru perasaanku
dilema mencengkam rasa
jiwaku bagai dicarik-carik
sakitnya terasa sehingga kini
mencari yang tiada
bagaikan si buta kehilangan tongkat
bagaikan kapal di lautan hilang arah
bagaikan teraba di jalan hitam pekat
tekadku
biarlah dia datang mencariku
kerana siapalah aku
yang berani menjemputnya
dekat padaku
maka
aku masih lagi di sudut ini
mencari dan menanti
waktu dan ketika
penat jiwa menyerang sukma
hayunan langkah
walaupun hanya bertatih
walaupun hanya berkerusi roda
walaupun hanya bertongkat kayu
namun aku tetap aku
masih lagi mencari yang tiada
No comments:
Post a Comment