Aku mengelamun di meja tulisku waktu ini. Mencari idea untuk diposkan ke laman blogku ini sememangnya memeritkan (rasanyalah).
Berkongsi ilmu melalui alam maya ini sememangnya sesuatu yang menyoronakkan. Tetapi awas!! Alam maya ini lebih banyak unsur negatifnya berbanding positif. Sebagai pengguna, haruslah pandai menapis senipisnya segala bahan-bahan yang ada supaya minda tidak rosak, hati tidak hitam. Itu kata orang bijak pandai, sedang diriku masih di tahap belajar.
Arghhh... rinduku bertandang lagi. Entahlah, suasana sepi begini selalu saja mengundang wajahnya di tabir mataku.
Tadi, jasadku penat kelesuan dek kerana mengharung traffic jam dari Pochong (Puchong) ke The Curve, Damansara. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 30 minit menjadi 2 jam. Tapi, tidak mengapa. Demi menjaga hati kawan-kawan lama, aku harungi jua.
Jam kurang lebih 10.30 malam, aku kembali ke rumahku. Penat, tetapi rasanya membosankan untuk balik ke rumah dan duduk tercongok di hadapan talibesen (TV). Rasanya tiada apa yang menarik!
Akhirnya, aku di hadapan komputer. Membaca dan menafsir ilmu. Aku sememangnya suka membaca. Silakan memberiku hadiah (sebuah buku), akan aku habisinya sehingga pagi. Hehehehe...
Maka, aku menciptakan sebuah puisi untuknya...
Wahai jiwa suci
Berbahagialah dikau
Kerana memiliki jasad yang sempurna
Kelembutanmu terserlah
Membuat jiwa lelakiku bergelora
Maka aku ingin memohon maaf
Sekiranya diriku biadab
Terlebih nafsu dari iman
Untukmu aku katakan,
Siapalah aku untuk menagih secebis rasamu
Siapalah aku untuk meminta sebutir bahagia darimu
Siapalah aku untuk berdamping denganmu
Takdirku rasanya bukan disisimu
Sekiranya rasa itu sebaliknya
Maluku mendahului segalanya
Warghhhh!!! SELAMAT MALAM SEMUA, SEMOGA BAIK2 SAJA.

No comments:
Post a Comment