About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Monday, May 17, 2010

Hati berbicara....

Pagi di rumahku... sunyi rasanya. Ya, memang la sunyi dah semua penghuninya tidur mati. Mungkin kerana hujan turun dengan lebat sebentar tadi, membuat mereka menarik selimut masam.. lalu berdengkur sesuka hati. Hahahaha!!~~

Waktu ini, aku baru tiba dari Melaka. Melawat bumi Hang Tuah semata-mata ingin mengejar cintaku di sana. Biarlah apa orang kata, yang pastinya gelora rindu yang menyesak jiwa ini harus segera reda. Huhuhuhuhu....@@!!~~

Nak dipanjangkan cerita, hari Jumaat lepas sebenarnya aku ke Penang atas urusan kerja. Bertolak ke penang dalam keadaan rushing sememangnya membuat hatiku risau.... tapi demi menjaga hati majikan aku dan rakanku gagahkan jua. Malam itu, aku hanya dapat melelapkan mata selama 3 jam sahaja (mungkin malam ini pun begitu juga)... LOL...

Dari Penang, aku bertolak semula ke "sarangku" dan sampai sekitar 800 petang... penat!!! sehinggakan aku tersengguk-sengguk untuk menyantap. LOL again.

Keesokan harinya, Ahad, aku ke Tanah Pahlawan ini kerana ingin dekat dengannya. Rindu beransur reda....

dan malam ini, aku sampai di sini... langsung meng"on" kan laptop pinjam ini. Menulis dan mencatit... seperti yang anda baca sekarang ini. Hehehehe....@@!!~~~

Sekali lagi... aku cuba riwayatkan kepulanganku ini dengan bahasa puitis, khas untuknya....

Malam ini,
aku merenung ke awan
mencari bintang kejoraku di sana...
malang bagiku
ianya ditutupi mendung
hitam dan pekat

Aku lalu
cuba mengirimkan salam rinduku
melalui angin yang berlalu

dan aku harapkan bisikan rindu ini
sampai kepadanya...

wahai angin,
kau sapalah bidadari kecilku
dengan lembut
seperti mana aku menyapa dan membelai
hatinya...

jangan kau membuat dia terjaga dan menangis
kerana pujukan tidak akan berkesan terhadapnya

jangan kau menegurnya kasar
takut nanti akan wujud rasa bencinya kepadamu

disebalik kata-kata manismu
dengan mudahnya dia akan tersentuh
justeru...
tegurlah dia dengan berhemah
sapalah dia dengan berhikmah
kerana hatinya seputih kapas
jiwanya selembut sutera
rajuknya seperti matahari yang ditutupi awan...


p/s: SELAMAT MALAM SEMUA, SAMPAI JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG
OLEH AKU DI RUMAHKU BERSAMA LAPTOP PINJAM YANG HENSEM MACAM GAJAH@@!!@#@!!~~ HUHUHUHUHUHUH!!!~~

No comments: