About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Sunday, May 30, 2010

doa seribu bahasa.

bunyi gerabak kereta api itu mengejutkan sang petualang. owhh... sudah tiba masa untuk menyambung kembali perjalanan yang tergendala kerana ketandusan idea untuk menulis. maka aku berkata, idea ku, hanya aku yang faham.

persoalan demi persoalan menyesakkan minda. mencari waktu dan masa untuk dijawab. bolehkah untuk aku menerjah ke dasar pemikiranmu, demi untuk jawapan itu?

arghh!!~~ mana mungkin aku dapat bertemu. melihatmu saja pun aku malu. inikan pula untuk bertemu, berbicara dua mata. aku pendam di jiwa. terasa menyesakkan. hanya aku yang faham maksudku.

kembara di tanah tandus tanpa pepohonan untuk berteduh. mencengkam sukma, menusuk jiwa. maka, seperti biasa, hanya aku yang faham akan maksudku.

kiranya hati terasing di hujung dunia. dekat tidak pernah. jiwa makin tersiksa. hanya itu mampu dititipkan; doa seribu bahasa.

No comments: