About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Saturday, May 29, 2010

pantai berbisik

aku berlari ke pantai
mendengar desirannya
pertemuan antara dua jiwa
menerbitkan seribu satu ceritera cinta...

mentari terbit di ufuk senja
membawa ketenangan
di segenap jiwa
pertemuan tidak terduga
terlalu ku damba...

Aku baru menjejakkan kaki di pondok burukku ini. Kesyukuran ku panjat ke hadrat Ilahi kerana memberiku keselamatan sepanjang perjalanan yang jauh.

aku masih dalam keadaan terkejut sebenarnya. mendengar terjadi sesuatu kepada kekasih ku Nurul Aryana Yasmin Harmizi, cukup membuat jantungku berhenti berdegup. tangisku seperti anak kecil yang mencari ibunya. SABAR.

dia telah menjalani pembedahan kerana appendix yang keseriusannya boleh menghilangkan nyawanya. Alhamdulillah, semuanya selamat. cuma, sedihku tidak terhingga tatkala melihatnya terbaring lemah di atas katil hospital. dengan menggunakan bantuan pernafasan. tube-tube berserakan di sana-sini. juga, sebatang jarum besar disumbatkan ke arterinya. cukup membuat air mataku mengalir deras.

sesampainya aku di bucu katilnya, dia terpandangkan aku yang sembab kerana deraian air mata. dia lantas berkata "TAK MAU NANGIS... JANGAN NANGIS!"

demikian terdengar perkataan itu terpacu keluar dari bibir kecilnya. hatiku jadi tidak keruan. aku membelakanginya, sekali lagi air mata itu merembes.

tanpa bicara apa-apa. aku membelai rambutnya, mencium dahinya. membisikkan kata-kata semangat. berdoa supaya dia segera sembuh.

sesungguhnya, aku ingin dia riang semula, bermain semula.

kesian kepada nurul aryani yasmin... sedih melihatnya tersenyum padaku saat aku menjejakkan kaki di daun pintu rumahnya. kebiasaannya, mereka berdua yang akan menyambutku dengan tawa nakal dan senyum girang.... tetapi, berbeza saat itu, yang menyambutku hanya dia seorang.

YANA... terima kasih kerana semangatmu kuat sekuat karang. terima kasih kerana masih sudi untuk bertemuku walau berkeadaan demikian. SALAM SAYANG DARIKU DI KEJAUHAN.



No comments: