About Me

My photo
Aku bukan manusia yang lengkap segala-gala. bukan juga seorang manusia yang suka mencari pangkat, wang dan kuasa... aku hanya SERANGGA.

Friday, February 27, 2009

Hatiku mulai berkata...


Saat ini aku merenung hamparan bintang di awanan, lalu muncul memori itu bermain di tabir mata bagaikan menyaksikan sebuah filem yang dilayarkan semula. Aku hanya diam tanpa bicara, lalu benak menerawang jauh hingga ke sudut fikiran dalam.

Aku berbahasa seadanya, mengucapkan salam suci "Assalamualaikum" kepadanya. Dia menyambut salamku lalu berlalu tanpa dia sedari aku memerhatikannya sehingga kehujung pengelihatan mata kasarku. Naluriku berbicara "Apa akan dapat bertemunya semula?"

Hari itu, seakan ditakdirkan Ilahi, aku bertemunya semula. Adakah dia masih mengenali atau mengingatiku? Hati kecilku mulai berbicara. Lalu benakku mula menyusun bait-bait bicara agar rasa janggal itu lenyap lesap.

"Hi, apa khabar?" itulah ayat pertama yang aku ucapkan sebaik bertentang mata dengannya.

Dia mengukir sebuah senyuman indah, dan itu sudah memadai buatku sebagai jawapan bagi pertemuan kedua ini.

Aku bertanya akan namanya, "Aerafidah" jawapnya ringkas dan padat. Hatiku tersenyum mekar. "Harap kita akan bertemu semula", harapku setinggi langit.

Pertemuan kedua itu aku abadikan dalam diari hatiku, lalu aku kunci serapatnya agar tiada siapa yang dapat membuka dan membacanya.

Hari berikutnya, dia ku temui lagi, tapi bukan aku yang menegur dahulu, tetapi sebaliknya. Seperti biasa, ucapan suci "Assalamualaikum" menghiasi sepasang bibir mugilnya. Saat aku menoleh ke arahnya, aku rasa bagai berjuta-juta kuntum bunga pelbagai warna dan jenis jatuh dari langit, lalu bercurahan keatas kami berdua sahaja. Alangkah hebatnya fantasiku pada masa itu.

Dia, ku lihat bagaikan puteri, wajahnya dihiasi sepasang mata bulat bersinar. Bertudung dan berbaju kurung hijau daun pisang. Keindahan itu bagaikan tidak terkata.

Pertemuan dalam sebuah majlis memberikan aku banyak peluang untuk berbual dan mengenali hati budinya. Dia, dikurniakan Tuhan sekeping hati lembut yang mudah menerima dan mengenali seseorang. Setiap perkataan dan tutur bicaranya indah dan lembut bagaikan sutera, mampu memukau setiap hati dan jiwa yang mendengar.

Pertemuan itu membuatkan kami mula mengenali antara satu sama lain, dan hubungan sebagai sahabat rapat mulai terjalin. Apa yang pasti aku dan dia sentiasa berhubungan apabila berjauhan. Entahlah, dapatkah dia rasa apa yang aku rasa?

Tiba-tiba, kenangan itu terhenti sampai di situ kerana mendung di awanan mulai menutupi berjuta-juta bintang di atas sana. Ahhhh... entah bila hati ini akan berbicara semula seperti malam ini?

7 comments:

Anonymous said...

cuba lagi berbicara esok pagi... setiap hari...

-m.i.r.a.c.l.e- said...

berbaju kurung hijau daun pisang?PRINCESS FIONA (SHREK) ka?hahaa...kamu ni...jiwang betul!pandai betul kamu berkarya...aku juga nda pandai berlenggok bahasa!

Roxy Zaire Awod said...

hehehehe... realitinya aku baru cuba-cuba untuk menulis cerpen. sebab sebelum ini aku sudah banyak menulis sajak dan puisi... sebenarnya semua idea2 dan lenggok2 bahasa ni aku belajar dari si Surinit... bagi aku tulisan surinit adalah sumber inspirasi... termasuk juga tulisan2 ramlee awang murshid.

apa2 hal pun percaya pada diri itu penting, sebab pada mulanya aku langsung tidak percaya yag aku mampu untuk menulis sebuah cerpen sebab otak aku selama ni sudah terbiasa menulis puisi/sajak.

Sekian, Wassalam.

Anonymous said...

inda pandai pl kalau aku tulis cerita buatan... wakakaka... yg aku tulis tu pun main antam ja. indada sdh aku semak tu buat pembetulan ejaan atau ayat yg canggih manggih.

Toliban kou...................

Roxy Zaire Awod said...

sebenarnya aku ada idea untuk cipta satu novel... sebab itu aku cuba berjinak2 untuk tulis cerpen pendek dulu. latihan awal bah. Ermmm... Surinit bila lagi mau sambung cerita2 ko tu??

YAYAN said...

tulisannya mendebarkan..keep writing too..trimakasih dah singgah..

Roxy Zaire Awod said...

TERIMA KASIH MATAHATI... Aku hargai pujian itu. lagipun aku masih lagi dalam proses belajar sekarang ini. diharap kepada sesiapa pengunjung yang telah membaca segala entry ku ini, sudi-sudikanlah membuat kritikan membina agar aku dapat mengimprovekan lagi cara penulisanku.